Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
PETALING JAYA - PR akan memfailkan 25 petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Parlimen yang dipercayai berlakunya penipuan dan penyelewengan pada PRU13 lalu bermula hari ini hingga Rabu.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata 25 petisyen itu membabitkan 24 kerusi Parlimen dan satu petisyen berasingan akan difailkan berhubung kesalahan seorang calon BN yang melanggar had perbelanjaan pilihan raya.

"Calon Bagan Datok, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi melakukan kesalahan kerana melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang dibenarkan untuk sesuatu pilihan raya.

"Kita ada bukti rakaman video di mana Zahid mengakui telah memberi wang tunai RM100 dan beras 5 kilogram kepada 24,000 pengundi di Bagan Datok," dakwanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

SinarHarianOnline