AMK: Ugut guna tentera tindakan melampau
Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata penganjur perhimpunan 'Black
505' esok telah memaklumkan kepada polis lebih daripada 10 hari dan
menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.
Angkatan Muda
Keadilan (AMK) mendesak polis menarik balik kenyataan yang meminta
bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara
yang mungkin timbul dalam perhimpunan Black 505.
Ketua
AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan itu dilihat sebagai
"melampau", sedangkan sebelum ini pihak penganjur telah memaklumkan
kepada polis dalam tempoh lebih daripada 10 hari dan menegaskan
perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.
"Kita ingin tegaskan ia
merupakan satu kenyataan yang menunjukkan bagaimana pasukan keselamatan
tidak memahami makna kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang
ditetapkan oleh perlembagaan yang diterjemah melalui Akta Perhimpunan
Aman.
"Pihak polis keliru dengan maksud kebebasan berhimpun
seperti yang telah digubal oleh parlimen. Ugutan untuk menggunakan
tentera sangat melampau dan kami mendesak untuk polis menarik balik
kenyataan itu," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya.
AMK
juga tidak faham mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak memberi
ruang kepada rakyat untuk menunjukkan bantahan berhubungan dakwaan
'kecurangan' dalam proses pilihan raya umum lalu, sedangkan mereka telah
memaklumkan perkara itu lebih daripada 10 hari, katanya.
Beliau
mengulas kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan
Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid semalam yang berkata PDRM
telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka
diadakan di Padang Merbok itu.
Katanya, polis akan meminta bantuan
tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang
mungkin timbul sekiranya perhimpunan itu diteruskan.
Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...