KUALA LUMPUR, 10 JUN: Himpunan Black 505 tetap diadakan di Padang
Merbok, Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 22 Jun ini bermula jam 12 tengah
hari, tegas Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Kata Rafizi, pandangan Datuk Bandar Ahmad Phesal Talib bahawa
himpunan perlu diadakan di tempat tertutup seperti stadium tidak
berbangkit.
“Kita takkan berganjak dari tarikh 22 Jun. Semakan kita mendapati
pada tarikh itu Padang Merbok kosong,” katanya kepada Keadilandaily.
Petang tadi, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Phesal, menolak
permohonan kebenaran mengadakan himpunan di Padang Merbok atas alasan
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menempah tempat itu sejak tahun lalu untuk
acara mereka pada 23 Jun.
Rafizi turut menyatakan rasa hairan apabila DBKL secara tiba-tiba
memaklumkan MOM akan mengadakan program di Padang Merbok pada 23 Jun.
“Kita dah umumkan dan tetapkan rancangan. Alasan-alasan ini tak masuk akal,” katanya.
Justeru, Rafizi menggesa DBKL tidak mengheret pihak lain dalam
keputusan mereka. Beliau tidak menyalahkan Datuk Bandar kerana terpaksa
mengikut arahan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan.
“Kita dah aturkan yang terbaik dan mengambil pandangan semua pihak.
Kita dah berkompromi, menerima pandangan polis, menukar tarikh dan
mengelak menggunakan Dataran Merdeka.
“Jika pandangan mereka bahawa setiap kawasan yang terbuka tidak boleh
dibuat himpunan, ia bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman (PAA) itu
sendiri,” tegas Rafizi.
“Saya kira pendirian yang diambil munasabah. KEADILAN sudah
bertinbang rasa sepenuhnya. Kita akan teruskan pada 22 Jun,” tegasnya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...