KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mampu mengambilalih
pemerintahan negara daripada BN, jika menang kesemua 25 petisyen PRU13
bagi kawasan Parlimen yang difailkan di Mahkamah Tinggi yang telah
berakhir tempohnya kelmarin.
Parlimen Malaysia mempunyai 222
kerusi dan daripada jumlah itu, parti-parti yang bertanding memerlukan
149 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3 serta 112 kerusi untuk
membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.
Ketua
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata,
berdasarkan perkiraan itu, Pakatan sememangnya sudah berkemampuan untuk
mengambil alih pemerintahan daripada BN di peringkat Persekutuan jika
menang 25 petisyen itu.
Menurut beliau, Pakatan kini telah
memiliki 89 kerusi di Parlimen dan sekiranya menang 25 petisyen itu
menjadikan jumlah kerusi yang dimiliki oleh Pakatan nanti sebanyak 114,
melebihi dua kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan dengan majoriti
mudah.
Katanya, namun proses untuk mengambilalih pemerintahan
daripada BN itu tidak akan berlaku secara langsung jika 25 petisyen itu
berpihak kepada Pakatan, sebaliknya mesti melalui pilihan raya semula
bagi kesemua kawasan Parlimen terbabit.
“Syaratnya, Pakatan
Rakyat mestilah menang dalam pilihan raya semula yang akan diadakan di
25 kawasan parlimen itu. Jadi syaratnya, kita kenalah bekerja kuat untuk
mencapai kemenangan itu,” katanya ketika dihubungi.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat telah memfailkan sejumlah 39 petisyen
bagi pilihan raya kali ini. Dari jumlah itu 25 adalah kerusi parlimen
manakala 14 lagi adalah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).
HarakahDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...