JAKARTA, 16 JUN: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan, isu penipuan pilihan raya umum ke-13 wajib ditangani secara
serius dan diselesaikan sebelum sebarang agenda lain ditawarkan kepada
gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
“Selesaikan
soal Pemilu (pilhan raya umum) yang curang. Rekonsiliasi itu harus
berlaku. Walau apa cara sekalipun, isu kecurangan itu perlu ditangani
dengan serius,” katanya kepada pemberita di Hotel Crown Plaza, di
Jakarta pagi ini.
Anwar memberi amaran perdamaian nasional (national reconciliation)
yang dianjurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanyalah
omong kosong sekiranya penyelewengan, salah urus dan penipuan pilihan
raya oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) tidak diselesaikan.
“SPR itu harus ditukar. (Himpunan) di Padang Merbuk itu harus (perlu) tegas.
“Najib perlu tahu. Pokoknya kecurangan pemilu,” kata Anwar
menjelaskan, himpunan Black 505 akan tetap diteruskan di Padang Merbok,
22 Jun ini.
Dalam sidang media sama beliau turut menyelar penangkapan 15 peserta
‘flashmob’ Black 505 di hadapan gedung membeli-belah Sogo semalam.
Katanya, tangkapan terhadap peserta ‘flashmob’ yang rata-ratanya anak
muda tak ubah seperti suasana sebelum merdek,a apabila pengedaran
risalah danggap sebagai kesalahan.
“Sedangkan ini cara baru anak muda memperjuangkan keadilan dan
menolak perkauman. Kemunculan anak-anak muda sebelum dan selepas pemilu
luar biasa,” katanya
Ketika ditanya pemberita, Anwar menafikan sebarang pertemuan dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang turut berada di Jakarta.
“Tidak ada pertemuan. Tidak ada rencana untuk adakan pertemuan. Jika
ada, ianya harus telus. Rakyat perlu tahu, pimpinan seluruh partai perlu
tahu,” tegasnya.
Difahamkan, Anwar dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke
Indonesia bagi memenuhi undangan dan pertemuan bersama Presiden
Susilo Bambang Yudhoyono di Bali dan Jakarta.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...