IPOH
12 MEI: Program Blackout 505, ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ peringkat
negeri Perak akan diadakan di perkarangan Pejabat KEADILAN Perak, dekat
Medan Istana, Ipoh, malam ini.
Mereka yang tinggal di sekitar bandaraya Ipoh digalakkan hadir
beramai-ramai dan memakai pakaian hitam, simbolik terkuburnya demokrasi
di negara ini.
Manakala kepada yang tidak dapat hadir, boleh mengikuti siaran langsung melalui rangkaian internet mulai jam 8 malam.
Sila klik pautan ini.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan menyampaikan pidato kepada rakyat Perak malam ini.
Turut hadir ialah Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr
Muhammad Nur Manuty, ADUN Changkat Jering, Datuk Seri Nizar Jamalauddin
dan ADUN Setiawan yang juga ahli parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham.
Himpunan ‘Black 505′ peringkat Perak malam ini adalah yang ketiga
dalam siri jelajah penerangan penipuan pilihan raya selepas himpunan di
Kelana Jaya pada 8 Mei dan Batu Kawan, Pulau Pinang (11 Mei)
Himpunan ‘Black 505′ turut diadakan di Kuantan, Pahang pada hari Selasa, 14 Mei dan Johor Bahru, Johor pada Rabu, 15 Mei.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...