(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Padang Serai)
Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei
2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN,
Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Keputusan
bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang
diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau
mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan
akan terus berjuang menawan Putrajaya.
Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat
Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh
negara.
Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.
Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun
dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam
proses pilihan raya.
Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat
membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Anwar
walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua Pakatan Rakyat
sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat memberi kesan.
Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di
saat-saat getir sejarah negara. Situasinya mungkin berlainan jika
Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut
Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik.
Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah
mendapat tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati
kebanyakan rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang
menyebabkan wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara,
dan membawa demokrasi yang matang kepada Malaysia.
Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu
lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka
perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah
sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk
demokrasi dan keadilan di Malaysia.
KeadilanDaily
Negara kita amat memerlukan sistem dua parti untuk meneruskan
BalasPadam"check and balance" dalam sistem demokrasi dam pengurusan negara.
DSAI amat diperlukan pada ketika ini untuk mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat, sebagai tunggak penyatuan dang menghubungkan parti PAS, PKR dan DAP...Kalau Anuar nak bersara pun biarlah setelah parti gabungan pakatan rakyat diluluskan oleh Suruhanjaya Pertubuhan dan PR mempunyai susunan pemimpin yang mantap dan logonya sendiri.