Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mei 27, 2013

PRU13 saksikan muafakat PR pada tahap terbaik - Anwar Ibrahim

PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahlinya agar tidak menafikan bahawa muafakat yang dibina selama ini bersama PAS dan DAP cukup berkat dalam sejarah politik tanah air.

Ketika berucap dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional Keadilan ke-9 beliau begitu kagum dengan pemuafakatan yang terbina ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sehingga mencatat kemenangan 51 peratus undi popular dalam PRU13, 5 Mei lepas.

"Rakan-rakan PAS dan DAP membantu dengan penuh komitmen. Kerjasama PKR,DAP dan PAS cukup baik sehingga tidak ada kecacatan komitmen ketiga-tiga parti," katanya di hadapan kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati.

Beliau turut menegaskan kepada ahlinya agar tidak sekali-kali mengizinkan hal yang membawa masalah kerana hubungan dan kerjasama pimpinan Pakatan Rakyat sangat baik.

"Secara peribadi, tidak dinafikan dalam kemelut 1998 hingga 2013 di mana kita sangat lemah waktu itu.

"PAS pula tetap bertahan dan akan bantu apa cara sekali pun supaya Keadilan dapat bertapak,"tegasnya yang mengimbau kembali kata-kata Bekas Presiden PAS Almarhum Datuk Fadhil Noor.

Terdahulu, AMK turut membangkitkan rasa tidak puas hati berhubung berlaku pertindihan kerusi dalam PRU13 dan menyifatkan perkara itu berlaku kerana tidak ada ketegasan di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Anwar menegaskan sekali lagi bahawa beliau sedia berundur sekiranya kalah dalam pilihan raya yang diadakan itu bersih dan telus.

"Saya putuskan kalau proses PRU bersih dan saya tetap tewas saya akan undur tetapi dalam kes ini bukan sahaja kita menang besar, apa sebab saya hendak undur?

"BN dapat 41 peratus, hendak suruh orang yang dapat 51 peratus undur. Kamu fikirlah sikit. Tak malukah? Kamu fitnah tiap-tiap malam," bidasnya.

Harakahdaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...