Prof Mohammad Agus Yusoff
Saya
sedih apabila bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairuz
Khairuddin mencadangkan supaya parlimen membentangkan usul untuk
melucutkan kerakyatan Anwar atas alasan beliau mengancam ketenteraman
awam dan keselamatan negara.
Pada saya tuntutan Saudara Fairuz itu adalah satu ugutan yang tidak sepatutnya diucapkan.
Ini
kerana Perlembangaan Perkara 28(2) menyatakan: “Tiada seorang pun yang
dilahirkan di dalam Persekutuan boleh menurut kuasa Perkara ini
dilucutkan kewarganegaraan di bawah Perkara 25.” Ini bermakna kerakyatan
Anwar yang merupakan warganegara melalui kuat kuasa undang-undang sama
sekali tidak boleh dilucutkan.
Perkara
26B(2) pula memperuntukkan: “...tiada seorang pun boleh dilucutkan
kewarganegaraan ... jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati bahawa akibat
daripada pelucutan itu dia tidak akan menjadi warganegara mana-mana
negara.”
Dengan
melihat kepada peruntukan perlembagaan di atas, maka tidakkah cadangan
untuk melucutkan kerakyatan Anwar itu sebagai tidak masuk akal dan
memalukan?
Saya
tidak bela Anwar. Anwar mungkin melakukan kesalahan, dan jika itu yang
berlaku, maka jangan cadangkan perkara yang tidak masuk akal untuk
melucutkan taraf kerakyakan beliau. Sebaliknya, desaklah supaya kerajaan
mengambil tindakan tegas mengikut peraturan dan undang-undang yang
sedia ada. Ingatlah, politik baru adalah politik matang, bukan politik
dendam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...