Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mei 24, 2013

PENTING!!! Buat laporan polis jika alami dakwat tanggal

KUALA TERENGGANU: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua rakyat yang mendapati dakwat ditangannya boleh hilang pada hari pengundian lalu, tampil membuat laporan polis.

Katanya, rakyat perlu berani untuk melaporkan perkara itu sebagai bukti berlakunya penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana sebelum itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan dakwat itu boleh kekal beberapa hari.

"Kita mintak seramai mungkin setiap orang yang mengundi, yang hilang dakwat hitam pada hari pertama, buat laporan polis.

"Ini tanggungjawab saudara, kalau ada integriti, ada maruah kepada rakyat buat laporan polis, beri salinan kepada kita.

"Kalau kita buat begitu, dengan sendiri kita boleh menjawab tomahan Umno," katanya pada ceramah Black505 di Markaz PAS Kuala Ibai di sini malam tadi.

Kira-kira lebih 50,000 rakyat hadir mendengar kupasan isu dari pemimpin Pakatan Rakyat khususnya berkaitan penipuan dalam PRU13 lalu.

Selain Anwar, turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa serta pimpinan Pakatan Rakyat peringkat negeri.

Menurut Anwar lagi, laporan-laporan polis itu akan menjadi kekuatan untuk mencabar ketelusan dan keadilan proses pilihan raya lalu yang didakwanya sarat dengan penipuan.

Pada masa sama katanya, pasukan penyiasat penipuan PRU13 Pakatan Rakyat juga sedang git mengumpul bukti-bukti untuk mengemukakan petisyen.

Beliau memaklumkan sekurang-kurangnya 27 ke 30 kerusi sedang diteliti untuk dikemukakan petisyen di mahkamah.

Sehubungan itu katanya, rakyat diminta memberi kerjasama dengan memberi maklumat berkaitan penipuan tersebut kepada pasukan penyiasat tersebut.

Harakahdaily

5 ulasan:

  1. Dakwat kat jari aku tanggal habis lepas aku basuh dengan sabun dan berus. Tapi ape kejadahnya nak buat laporan polis? Aku sarankan siapa yang tak puas hati penggunaan dakwat, pd pru14 nanti potong satu jari lepas ngundi. Pasti tak buleh ngundi tempat lain. Kalau tak pun potong anunya lobih sonang. payah betoi hidup ngan orang yang tak reti bahasa. Dah kalah dok diam2lah. Tunggu 5 tahun ngundi lagi. Mana tau banyak lagi orang kesian...

    BalasPadam
  2. Potong anu hang dulu kemudian baru cerita..negara2 lain spt india,bangladesh elok je dakwatnya..sepatutnya kita ambil teknologi mereka tp ini tidak kita ambil rakyatnya saje..klu jab. Audit negara buat audit kat spr mahu kena ni sbb pembelian tk ikut spesifikasi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6 jahanam melalut kerana hitam hatinya akibat pemakanan dari bapanya ketika dia kecil hingga mencari sendiri makanan yg DIRAGUI akan halal haramnya.

      Padam
  3. NEGARA MALAYSIA TELAH DIPANDANG SANGAT RENDAH MORALNYA DI MATA DUNIA.
    PERUBAHAN WAJIB DILAKUKAN DEMI MENGEMBALIKAN MARUAH MALAYSIA.

    BalasPadam
  4. Memng dah jahanam pown bro 2..xdak akal..haha

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...