ALOR SETAR 22 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan, Pakatan Rakyat sama sekali tidak akan tunduk kepada
kemenangan BN yang diperoleh secara tipu sebaliknya perjuangan
mendapatkan kebenaran untuk rakyat mesti diteruskan.
“Kami ingin memberi mesej jelas kepada Menteri Dalam Negeri, Zahid
Hamidi dan juga Perdana Menteri bahawa Pakatan tidak akan menyerah
kalah.
“Kita
tidak akan menyerah kuasa bila terbukti Pakatan telah pun menang PRU 5
Mei lalu. Pemimpin SPR dituntut meletakkan jawatan kerana gagal
melaksanakan pilihan raya dengan adil dan telus,” kata Anwar.
“Putrajaya tidak boleh menjadi milik BN kerana mereka telah kalah
sebenarnya. Kita tuntut Putrajaya dari mereka yang mendakwa menang, tapi
menipu.
“Kabinet ‘recycle’ yang tidak berkualiti dibentuk Perdana Menteri
juga tidak akan kita akui,” kata Anwar depan lebih 60,000 rakyat yang
melimpah hingga di luar Kompleks PAS Batu 9, Kota Sarang Semut, Alor
Setar pada Himpunan Black 505 malam tadi.
Dalam pada itu, beliau menempelak pelantikan P Waythamoorthy sebagai
Timbalan Menteri dalam kabinet baru yang dibentuk Datuk Seri Najib
baru-baru ini.
“Pemimpin Hindraf ini pernah menolak keistimewaan dan hak orang Melayu dalam negara ini suatu ketika dahulu.
“Ke mana pergi Pemuda Umno dan Perkasa?
“Kenapa mereka tidak pertikaikan pelantikan pemimpin yang pernah
mempertikaikan hak dan kedudukan orang Melayu ini? Kenapa mereka diam?”
kata Anwar.
Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Naib Presiden PAS,
Salahuddin Ayub; Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden
KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua serta pimpinan Pakatan Kedah.
Keadilandaily
BUKANKAH RAKYAT DAH JANJI
BalasPadamTIPU PILIHANRAYA TURUN JALANRAYA !!!!!
RAKYAT AKAN TUNAIKAN JANJI :)