Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Isnin, Mei 20, 2013
Nurul Izzah : ‘Tsunami Cinta’ Rakyat Tolak Umno-BN
KUALA LUMPUR 20 MEI : Nurul Izzah Anwar menyifatkan kejayaan Pakatan Rakyat(PR) memperolehi undi popular dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 lalu sebagai ‘tsunami cinta’ rakyat menolak Umno- BN.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata undi popular 51 peratus yang diperolehi PR sebagai isyarat rakyat Malaysia untyk menyelamatkan negara daripada genggaman Umno-BN yang selama ini menyalahgunakan kepercayaan rakyat melalui pemerintahan penuh penipuan, penyelewengan, rasuah dan sebagainya.
Menurutnya, keputusan PRU13 juga diragui dan diyakini berlaku penipuan melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pihak berkuasa lain yang dikawal Umno-BN.
“Datuk Seri Najib akan terus memainkan isu perkauman (bagi meraih sokongan). Memang jelas bukan sekadar ‘Tsunami Cina’ tetapi sebenarnya dia tidak faham, rakyat menyatakan ‘Tsunami Cinta’ untuk Malaysia. Di Selangor PR menang undi 55 peratus undi Melayu.
“Hindraf dihina dan diharamkan pada 2008 dengan PR dikatakan menyokong kumpulan haram yang anti Melayu. Pemimpin mereka ditahan di bawah ISA. Sekarang diambilnya pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy dijadikan Timbalan Menteri.
“DAP di sepanjang kempen pilihan raya dikatakan Melayu tiada masa depan di bawah pentadbiran DAP tetapi apabila MCA kalah, Najib panik dan boleh nak ajak DAP masuk kabinet,” katanya ketika berucap dalam majlis ceramah anjuran PAS cawangan Batu – Post Mortem PRU13 di Taman Melewar di sini semalam.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, seharusnya keputusan PRU13 dibatalkan berikutan penggunaan dakwat kekal yang ‘tidak kekal dan meragukan’ kerana didakwa terdapat laporan lebih 200,000 pengundi boleh mengundi buat kali kedua.
“SPR kata ada ‘Silver Nitrate’. Kita kata ‘Silver Nitrate’ tidak akan ada dalam dakwat kekal, goncang atau tidak goncang kalau cukup peratusan memang kekal.
“Nak banding dengan India, di negara itu dakwat kekal tiga bulan. Jadi saya nak beritahu dalam hal ini sewajibnya dia (SPR) isytiharkan tidak sah keputusan pilihan raya umum yang lepas,” katanya.
Nurl Izzah menambah, kajian dibuat UMCEDEL sejak 1969 juga mendedahkan BN tidak pernah menang lebih 60 peratus undi rakyat namun perkara itu di atasi dengan persempadanan semula yang dibuat di mana BN akhirnya memang, menang dan menang./Selangorku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...