KUALA LUMPUR 27 MEI: Pakatan Rakyat akan menghimpunkan jutaan rakyat
ke Dataran Merdeka jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan, jika tidak ditunaikan
Pakatan Rakyat akan menganjurkan lebih banyak himpunan sehingga
kerajaan Datuk Seri Najib Razak tumbang.
“Jutaan rakyat akan memenuhi Kuala Lumpur jika tuntutan kita tidakditunaikan,” kata Mohamad, lapor Malaysian Insider.
“Jika
SPR tidak letak jawatan, kita akan terus mengadakan perhimpunan
sehingga kerajaan Najib gugur,” katanya dalam himpunan Black505 di
Tapah, Perak malam tadi.
Tegas Mohamad, penipuan pilihan raya telah menggugat kepercayaan rakyat Malaysia terhadap sistem demokrasi.
“Kita kena ingat, rakyat memilih pilihan raya, rakyat memilih jalan
demokrasi. Kenapa rakyat memilih jalan raya di Tunisia? Mesir? Jakarta?
“Kerana mereka sudah tidak yakin dengan jalan demokrasi,” katanya disambut sorakan ribuan hadirin yang berpakaian hitam.
Mohamad turut mengingatkan pasukan keselamatan, polis dan tentera agar bersikap profesional dan menjaga keselamatan rakyat.
“Polis dan tentera saya ingatkan. Jaga keselamatan rakyat. Jika gugur
sebutir peluru kepada rakyat yang tidak bersenjata, bererti kamu sudah
kalah.
“Jangan usik rakyat yang memilih cara demokrasi ini,” tegasnya.
KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...