PETALING JAYA 15 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menegaskan, Pakatan Rakyat tidak terlibat dan menolak sebarang
penganjuran himpunan yang menggunakan kekerasan bagi menumbangkan
kerajaan.
“Pakatan hanya menyertai perhimpunan aman sahaja,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini.
Beliau
menjawab soalan wartawan mengenai rancangan sekumpulan aktivis untuk
menghimpunkan sejuta rakyat Sabtu ini kononnya didakwa untuk
menumbangkan kerajaan susulan penipuan dalam pilihan raya lalu.
Anwar menjelaskan, cadangan itu tidak pernah dikemukakan kepada parti dalam Pakatan Rakyat.
“Perkara ini tidak pernah dikemukakan pada kami dan tidak pernah dibincangkan oleh Pakatan Rakyat,” katanya.
Tegas Anwar lagi, penyertaan Pakatan hanya terhad kepada perhimpunan aman yang dianjurkan Pakatan dan juga NGO berkaitan.
http://www.keadilandaily.com/?p=52136
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...