Terdapat
sebuah Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Alies Anor Abdul, bekas
Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek Baba adalah salah seorang
anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM15,000 sebulan.
Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan
Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Mari
sama-sama kita teliti Minit Mesyuarat kumpulan tegar ini dan siapakah
yang bersama-sama Sidek Baba dan Alies Anor dan apa yang telah mereka
rancangkan.
Minit Mesyuarat Kumpulan Tegar Siri 4/2012
Tarikh: 15 Disember 2012
Masa: 8.30 malam
Tempat: Bilik Operasi
Senarai Kehadiran
Datuk Seri Alies Anor Abdul – Pengerusi
Datuk Dr Sidek Baba – Timbalan Pengerusi
Abdul Rahman Karimun
Raja Arif Kamaruddin
Osman Abdul Majid
Rahiman Salleh
Majid Hj Daud
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Abdul Rashid Buyung - Setiauasaha
1.Ucapan Pengerusi
Mesyuarat dimulakan dengan bacaan AlFatihah.
Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran semua. Minit Siri 3/2012 diteliti dan diluluslan tanpa pindaaan.
Pengerusi
mengingatkan bahawa pilihanraya sudah hampir dan tujuan mesyuarat malam
ini bagi membincangkan projek yang belum selesai dan program yang akan
dilaksanakan untuk tahun 2013.
2. Perkara-perkara berbangkit.
Datuk Dr Sidek Baba
Datuk
Dr Sidek Baba memaklumkan program menghimpunkan 100 Pimpinan dan ahli
ABIM dan para cendiakawan yang ada hubungan dengan ABIM telah
berlangsung di UiTM Shah Alam . Jumlah yang hadir ialah 89 orang. Yang
agak mengecewakan tidak ramai pimpinan ABIM yang hadir. Program berjalan
lancar dan mencapai tujuan. Arahan jelas telah diberikan.
Tiga tindakan segera sebelum pilihanraya akan dilaksanakan.
Pertama, mereka akan menulis, mengutuk dan menghentam Anwar Ibrahim dalam blog-blog.
Kedua,
sidang-sidang media akan diadakan dengan kekerapan setiap hari bagi
mendedahkan keburukan Anwar dan familinya sebaik sahaja Parlimen
dibubarkan.
Ketiga,
bahan-bahan bercetak akan diedarkan menceritakan keburukan Anwar dan
akan diedarkan di kawasan-kawasan Melayu sahaja. Semua penulis telah
dikenalpasti.
Percetakan
edaran akan dibuat oleh Dewan Bahasa. Senarai yang hadir dalam
perjumpaan dan senarai penulis-penulis seperti yang diedarkan.
Datuk
Dr Sidek juga memaklumkan beliau akan mengadakan perjumpaan dengan
bekas-bekas pimpinan Keadilan yang meninggalkan Anwar bagi menyusun
strategi dan gerakkerja untuk menyerang Anwar sebelum dan selepas
pembubaran Parlimen. Mereka yang telah dihubungi dan bersetuju untuk
sertai perbincangan ini ialah Senator Ezam Mohd Nor, Lokman Adam, Zahid
Mohd Arip, Bekas Adun Perak Kapt. Osman Jailu, Jamaluddin Radzi dan
Bekas Adun Kedah Mohd Radzi Salleh. Ada berapa nama lagi yang sedang
diusahakan.
Datuk
Dr Sidek juga memaklumkan Majlis Penerangan bersiri: Siapa itu Anwar
Ibrahim akan bermula dengan gugu-guru MRSM Melaka dalam sedikit masa
lagi. YAB Ketua Menteri telah dimaklumkan. Beliau mahu hadir bersama
nanti.
Datuk
Dr Sidek mencadangkan Urusetia berhubung dengan pejabat Tun Dr Mahathir
agar satu pertemuan diadakan bagi menjelaskan gerakkerja yang kita
lakukan. Juga bagi mendapat pandangan beliau apa lagi yang boleh
dilakukan kerana Tun punyai banyak strategi menjatuhkan Anwar satu masa
dulu. Mungkin pandangan Tun boleh dikongsi bersama.
En Osman Abdul Majid
En
Osman memaklumkan kumpulan pelajar UUM yang diberi tugas untuk membina
blog-blog telah bersedia untuk uploadkan berita Anwar. Empat dari mereka
telah bertemu dengan bloger Papagomo di Pulau Pinang. Urusan pembayaran
selesai.
En
Osman memperingatkan mesyuarat kumpulan Pemuda UMNO yang ditugaskan
untuk ganggu ceramah-ceramah Anwar tidak bagitu berkesan. Kelihatannya
mereka takut kerana ada kes dimana mereka dipukul oleh penyokong Anwar
dari kaum India, polis tidak bertindak mempertahankan mereka. Adalah
dicadangkan khidmat Perkasa digunakan.
En
Osman mohon Pengerusi ambil tindakan memaklumkan kepada Menteri
Pertahanan akan terdapat kemasukkan Panglima Tentera secara ramai-ramai
ke Pakatan Rakyat. Pegawai-pegawai tentera pangkat rendah sudah berani
menghadiri ceramah-ceramah pembangkang. Dengan kemasukan Panglima
mereka, ini akan memberi impak yang hebat.
En
Osman juga bimbang dengan moral pihak polis yang bertugas di
negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Mereka nampak akur
dengan arahan pimpinan negeri. Sesuatu harus dilakukan. Mohon Pengerusi
bawa perkara ini kepada pengetahuan Menteri Dalam Negeri.
Syed Abul Hussin Syed Kismas
Tuan
Syed Hussin bangkitkan isu garis panduan media perdana. Terdapat
isu-isu yang kontrovesial yang tidak diuruskan dengan baik oleh media.
Sebagai contoh isu Kalimah Allah. Masyarakat Islam agak keliru dengan
jawapan yang diberikan oleh Kerajaan. Minta Urusetia aturkan satu
pertemuan diantara Majlis Keselamatan Negara dengan semua pimpinan media
agar kegiatan diselaraskan. Semasa Pengerusi menjadi Setiausaha Politik
Perdana Menteri, Pengerusi mainkan peranan ini tapi kini tidak terurus.
Tuan
Syed Hussin ingatkan mesyuarat Anwar mempunyai pengaruh yang kuat
dengan pemimpin Negara Islam dunia. Beliau bebas bergerak bertemu dengan
mereka pada bila-bila masa. Pengerusi diminta menasihati Perdana
Menteri supaya mesti ada program yang melibatkan Perdana Menteri dengan
dunia Islam.
Antara yang boleh diambil tindakan segera ialah:
1) Lawatan ke Palestin
2) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Filipina Selatan
3) Pertemuan dengan Pimpinan Islam di Selatan Thailand
4) menunaikan Umrah. Kegiatan ini boleh menaikkan sokongan Melayu kepada Perdana Menteri.
Raja Ariff Kamaruddin
YM
Raja Ariff bangkitkan bagaimana media nyamok seperti Suara Keadilan,
Harakah dan beberapa media lain bagitu berani menyiarkan berita Anwar.
Kritikan Anwar di media ini memberi kesan kepada orang Melayu. Sekatan
mesti dikenakan ke atas mereka.
YM
Raja Ariff juga bangkitkan isu Anwar menang dalam perbicaraan saman
Utusan Melayu dan beberapa saman yang lain. Adakah jalan yang boleh
digunakan untuk mempengaruhi mahkamah untuk tidak umumkan keputusan
sebelum pilihanraya. Jasa baik Menteri harus diguna untuk minta
hakim-hakim tangguh pengumumkan. Kita tidak pengaruhi keputusan hakim
tapi minta tangguh pengumuman sahaja.
YM
Raja Ariff menyebut media perdana banyak melaporkan kes kematian kaum
India yang kononnya diakibatkan oleh Kerajaan. Anwar telah gunakan isu
ini untuk mendapat sokongan dari kaum Bukan Melayu. Satu arahan tegas
hendaklah dikeluarkan kepada media agar kes sebagini yang melibatkan
Kerajaan dipadamkan dari pengetahuan umum.
3. Lain-lain hal
Pengerusi
maklumkan beberapa projek dan program besar akan diumum dan
dilaksanakan pada tahun hadapan dan minta mesyuarat beri pandangan dan
feedback dalam mesyauart yang akan datang.
Parlimen besar kemungkinan akan dibubarkan pada awal bulan Mac 2013
Akan ada pergerakan Polis dan Tentera bersekala besar di Sabah pada bulan Januari dan Februari 2013.
Satu
team baru yang akan diketuai oleh Papagomo telah ditubuh untuk
rekacipta video clip skandal sex Anwar Ibrahim, keluarganya dan Pimpinan
Kanan Keadilan. Projek ini akan beroperasi diluar Negara.
Pengerusi
meminta Datuk Dr Sidek Baba ketuai sekumpulan pemikir bagaimana mahu
pecahkan Pakatan Rakyat dan Anwar disisihkan oleh Pimpinan Pakatan yang
lain. Dr Ramzan di Pejabat Tun akan membantu Dr Sidek.
Mesyuarat
akan datang ialah pada minggu pertama bulan Januari 2013 dan akan
dimaklumkan tarikhnya. Mesyuarat ditangguhkan dengan membaca Wal’As./FaceBook
http://nikahsongkhlathailand.blogspot.com/
BalasPadam