Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, April 11, 2013

Panas!!! Kajian sebut Pakatan Rakyat boleh menang 215 kerusi Parlimen – Khalid Ibrahim

CHERAS 11 APRIL:  Calon Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan satu kajian menunjukkan Pakatan Rakyat bakal memenangi 215 kerusi Parlimen termasuk Sabah dan Sarawak pada PRU 13.

“Petang tadi (semalam), saya terima emel daripada beberapa  rakan saya yang membuat tinjauan (survey) secara teliti.
“Mereka merupakan kumpulan universiti yang membuat kajian dan tiada kepentingan dalam politik, termasuk Sabah dan Sarawak.
IMG_7344
“Mereka kata jika strategi Pakatan seperti yang ada sekarang, kita sekurang-kurangnya akan memenangi 215 kerusi Parlimen,” katanya disambut sorakan gemuruh.
Pendedahan itu dibuat depan lebih 5,000 orang dalam ceramah di padang bola di Jalan Jujur, Bandar Tun Razak 10 April lalu.

Ada 222 kerusi Parlimen di Malaysia dan kajian itu – jika benar – menunjukkan Pakatan memiliki majoriti dua pertiga, sekaligus membentuk sebuah kerajaan yang kuat.
Tanpa menyebut identiti kumpulan yang melakukan kajian berkenaan, Khalid berkata, penyelidikan dibuat melalui tiga peringkat iaitu antaranya Jun dan Disember tahun lalu dan Mac 2013.

“Kajian menunjukkan peningkatan. Dan saya rasa ini cabaran kita sekarang bagaimana kita hendak tumpukan supaya kita capai kemenangan yang kita perjuangkan dalam reformasi semasa berbelas-belas tahun.
“Saya yakin reformasi ini akan lahir semula dan dilaksanakan seperti cita-cita kita. Jadi, angka-angka itu menunjukkan peluang kita untuk menang, nampak jelas,” katanya./KeadilanDaily

4 ulasan:

  1. Aku amat terharu dengan ketabahan pemimpin PR. Aku ingin menjadi antara org yg terlibat dlm melakar sejarah negara .
    Tidak adil jika aku mengatakan Manifesto PR gagal dan boleh bangkrupkan negara tanpa memberi mandat kepada mereka mentadbir negara.
    Aku mahu meneruskan pelajaran. Harap Kerajaan PR dpt menunaikan janji - belajar percuma dan kos sara hidup rendah tp berkualiti.
    Satu undi ku berikan kepada mu PR dr seorang mahasiswa yg kesempitan. Jgn sia-sia kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai pelajar anda mesti mengetahui isu berkenaan plagiarism. Agak-agaknya BN melakukan kesalahan plagiat atau tidak di dalam isu manifesto kini? Agak-agaknya apakah hukuman bagi orang yang memplagiat karya orang lain?

      Padam
  2. Cadangan saya supaya 10 minit yg diberikan diterima.Sebabnya ada golongan tua di felda dan di kampung pedalaman yg tak kenal Parti pakatan rakyat. Pada 10/4/2013, saya berbual-bual dgn makcik dari felda di segamat.Kemudian saya kata, thn ini kita undi pakatan rakyat. Dia tanya, pakatan rakyat tu apa? Saya terangkan. Kemudian saya beritahu kalau PR menang ,tol dihapuskan dan belajar di Universiti percuma. Dia terkejut bila saya beritahu hal ini.Dia tak pernah dengar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stesen TV tak maklumkan 10 minit tu dia nak siar waktu bila. Aku bimbang disiar pukul 3.00 pagi... aku mungkin masih berjaga... tapi rasanya makcik felda tu dah tidur dan mimpi berjumpa Najib beri BRIM 1200.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...