PAS ubah lanskap bukan Islam hormati amalan Islam
GUNUNG SEMANGGOL: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam pilihan raya kali ini untuk merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Xpresi Ulamak Muda yang sedang berlangsung di Markaz PAS Cawangan Gunung Semanggol, Perak.
Katanya, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.
"Kemenanganan Islam yang tulen dengan pelaksanaan Islam seperti dituntut al-Quran bukan hanya membimbing ke Putrajaya semata-mata," katanya di hadapan kira-kira 1,000 ulama muda yang menyertai xpresi itu.
Katanya, perhimpunan hari ini memperlihatkan kebangkitan ulama muda haraki yang akan membimbing manusia hingga ke syurga.
Malah katanya, PAS hari ini sudah diterima oleh pelbagai kaum, agama dan bangsa malah perkara ini turut dikagumi oleh parti Ikhwan yang mengatakan mereka tidak pernah melihat parti Islam tetapi mendapat sokongan bukan Islam seperti PAS.
"Umno pula mengkhususkan Islam hanyan untuk Islam, sedangkan rahmat adalah untuk semua. Umno hari ini diperkuda MCA," katanya.
Jelasnya perjuangan PAS yang dibawa hari ini telah mengubah lanskap kehidupan manusia apabila bukan Islam sudah boleh menghormati amalan umat Islam.
"Kisah benar di mana bukan Islam masukkan agenda solat Zuhur dalam program mereka," katanya.
Justeru, katanya, pilihan raya kali ini adalah detik-detik yang semakin hampir untuk Islam mencapai kemenangan, jadi anak muda yang ada pada hari ini adalah aset yang sangat penting./HarakahDaily
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...