KUANTAN 31 MAC: Biarpun Datuk Seri Najib Razak pergi menunaikan umrah
di Mekah tetapi Perdana Menteri itu membiarkan media kawalan Umno
menyebar fitnah termasuk video lucah, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Najib
pergi umrah. Nak doa, doalah tapi niat kena betul, jangan zalim di
negera sendiri. Pergi umrah tapi televisyen, media fitnah orang
hari-hari. Ambil gambar bogel, telanjang. Ini apa ini? Sudahlah.
“Kita ada budaya, ada sebut pasal akhlak, ada batasnya. ,” kata Ketua
Umum KEADILAN itu depan ribuan rakyat pada ceramah perdana Jelajah
Merdeka Rakyat di Taman Mahkota Aman di sini, malam tadi.
Mengikut laporan media arus perdana yang memetik sumber, Najib Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, dijadual menunaikan umrah minggu
depan dan dijangka berlepas ke Arab Saudi pada 13 April.
Mengulas
lanjut, Anwar juga kesal kerana ceramah itu yang dijadual berlangsung
Felda Lepar Hilir 1, Gambang, ditukar tanpa alasan munasabah.
“Maki tiap malam, televisyen kecam tiap malam. Hendak ceramah pun tak
boleh? Kita sudah kumpul, kerah orang, saat akhir dipinda. Pergi
sesetengah tempat jalan dihalang.
“Kalau tak setuju dengan dasar kita (Pakatan), tak apa Jangan hina.
Hendak buat ceramah pun tak boleh. Ingat kamu (pemimpin Umno) sahaja
bayar cukai, rakyat tak bayar? Tak bolehlah macam ini. Politik apa ini?”
kata Anwar./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...