Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mac 01, 2013

PERISTIWA LAHAD DATU


KUALA LUMPUR FEB: Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tidak menolak kemungkinan pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara.

“Ini kes yang dirancang. Saya tak percaya TLDM tak efisien. Kita ada bot laju, CB90 (combat boat) Saya tak fikir mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas.

“Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory.

“Fikir punya fikir, macam sandiwara,” katanya kepada Keadilan Daily.

Imran berkata, perairan negara dikawal empat agensi penguatkuasa iaitu Polis Marin, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Kastan Diraja Malaysia dan TLDM.

“Kita ada ‘Operasi Pasir Laut’ antara tentera dan polis. Tak malukah tentera sudah jaga, orang lain boleh masuk?” katanya.

Ops Pasir Laut ialah operasi keselamatan perairan dan kepulauan pantai utara dan timur Sabah oleh Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ops Pasir Laut dikawal selia Pusat Kawalan dan Sistem Pengawasan (JRCC) dengan kelengkapan pesawat tanpa juruterbang (UAV), bot tempur kapal peronda ATB dan helikopter Nuri./Otai Reformasi ll

14 ulasan:

  1. tu la yang aku pelik. senjata dan kelengkapan mahal2 belaka. pen buruk online

    BalasPadam
  2. saya rasa pun sandiwara politik kotor umno/bn..tp ni dah melibatkan kehilangan 2 nyawa...siapa bertanggungjawab....?????? lawan tetap..lawan

    BalasPadam
  3. benar. diaorang puak2 zalim ni mane2x tempat pun same je modus operandinya. buat apa saja asalkan dapat kekalkan kuasa.... sampai sanggup gadaikan nyawa rakyat mereka sendiri. tak pelik kalau ni berlaku,kalau kita kaji sejarah.peristiwa memali dulu,sapa yang suruh tembak bunuh As Syahid Ustaz Ibrahim Libya? BN Umno benar2 terdesak sampai nyawa rakyat termasuk pasukan keselamatan jadi taruhan........ NANPAK GAYANYA UMNO BN BENAR2 MAIN DENGAN API KALI NI...

    BalasPadam
  4. kalau la ini sandiwara kerajaan amat la dikesali kerana melibatkan nyawa..

    BalasPadam
  5. kalau orang cakap bodoh kang marah, kalau dah pemikiran tu condong ke pr, apa yang terjadi semuanya salah bn atau umno, cuba la realistik sikit, dengar cakap orang je terus percaya, tak takut dosa ke main tuduh-tuduh orang ni, esok kat akhirat boleh ke nak cari setiap orang ahli umno/bn nak mintak maaf, guna akal sebelum nak beri ulasan, nampak sangat penyokong pr semuanya cetek pemikiran....kesian....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tuduh pr tu boleh pulak..otak ko pon cetek x bijak mana...

      Padam
  6. Apabila baca semua ni kesian kat kau org...sanggup menjadi bodoh kerana taksub dgn parti...org sibuk menitiskan airmata engkau main cakap tanpa menjaga hati keluarga mangsa yg terkorban..moga engkau dilaknati Allah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa da hal anak dia mati 4 orang skali gus pun dia tak kisah pnye... ini kan keluarga org lain,, lagi la dia tak kisah pnye.. anak dia mati pun urusan jenazah kerajaan tanggung.. tk cukup2 lg ke nk hentam kerajaan.. cukup2 la tuu.. mentang2 nk jd calon PR

      Padam
  7. memang pelik.... beli senjata mahal tapi pernceroboh bole terlepas... apa crite? takkan sampai biarkan ada nyawa yg terkorban.. alfatihah...

    BalasPadam
  8. Korang sume pandai ckp je... tapi habok pun takde... korang memang suke negara mcm ni...korang dibelakang tabir dan buat ulasan bangang

    BalasPadam
  9. korang suma tau x nie suma keja PKR anak haram tu? puak sial tu da di hasut dgn janji manis PKR haram laknatullah. kononnya bila anu PKR babi tu menang pilihan raya dia akn bagi balik LD kat sulu. anu tu suruh puak sulu serang dekat2 nak mgundi nie... apa kejadahnya. wey anu PKR, menang cara baik la sial....

    BalasPadam
  10. tak habis kononnya anwar akan serahkan sabah pada sulu.sbb tu mintak sulu serang..oiii anwar tu lagi nak sabah tu.kerusi parlimen sabah.undi rakyat sabah supaya senang die jadi pm..pejadah die nk bagi sabah kt org..pikir itu je cukup..

    BalasPadam
  11. Wahai sahabat-sahabat yang budiman dak cerdik pandai. Korang memang ada otak bergeliga. Cubalah gunakannya untuk pembangunan Negara, kemakmuran bangsa dan kehormatan Islam. Jangan berhujah jika tidak mempunyai maklumat sahih, berdosa besar, umpama membunuh saudara sendiri. Kembalilah kepada Al-Quran dan Hadis. Jangan nanti diakhirat menjadi peminta sedekah.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...