PETALING JAYA 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai
Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar
sokongan sama, hari ini.
Perisytiharan
Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim
Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Md Hashim yang bersara pada 2002 turut mengumumkan penyertaan beliau dalam KEADILAN.
Ketua Umum KEADILAN pada ceramah 19 Februari lalu pernah memberi
bayangan lebih ramai bekas pegawai tertinggi tentera akan menyertai
Pakatan.
Sebelum ini, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid; Brig Jen (B)
Datuk Abdul Hadi Al-Khatab; Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid dan
Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad, mengisytihar sokongan kepada Pakatan.
Ghafir ialah bekas Timbalan Angkatan Tentera Darat; Bekas Panglima
Logistik di Markas Logistik Udara (Hadi); Bekas Ketua Staf Logistik
Markas Armada TLDM (Imran) dan Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera
(Najmi).
Menyentuh isu Lahad Datu, Md Hashim berkata, pencerobohan itu boleh
ditangani dalam tempoh lebih singkat seperti peristiwa Sauk dahulu yang
hanya mengambil masa empat hari.
Katanya, operasi pihak keselamatan dalam peristiwa Sauk itu dilakukan
dalam masa lebih singkat kerana terdapat rantaian perintah yang lebih
jelas.
“Sepatutnya ada rantaian arahan yang jelas tetapi buat masa ini
(pencerobohan Lahad Datu) saya tak fikir ia berlaku,” kata bekas
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan itu.
“Jika saya boleh bandingkan dengan Sauk, kita mampu selesaikan dalam masa empat hari.
“Kenapa? Kerana kita ada struktur arahan yang jelas dan penggemblengan (tentera dengan) segera,” katanya dipetik Malaysiakini.
Beliau berkata demikian pada sidang media pagi tadi./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...