KUALA LUMPUR: Dua orang saksi hidup berhubung peristiwa
berdarah di Lahad Datu akan tampil menceritakan pengalaman mereka di
Forum Mahkamah Rakyat: Kisah dari Lahad Datu, Siapa Pengkhianat
Sebenar? di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam
ini.
Dua
saksi tersebut, Siti Aminah dan Mat Swadi akan sepentas dengan Ahli
Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Ahli Parlimen Beaufort,
Datuk Seri Lajim Ukin, Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar,
Datuk Yahya Lampong dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Lt. Jen.
(B) Dato' Ghafir Abd Hamid.
Program anjuran Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) dengan kerjasama Angkatan Perubahan Sabah itu akan turut
menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR,
Tian Chua, bekas Timbalan Menteri Kabinet, Datuk Kalakau Untol, bekas
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, pengerusi SAMM,
Che'GuBard dan wakil SAMM Sabah, Boby.
"Solidariti Anak Muda
Malaysia (SAMM) mengambil sikap mengalihkan rakyat dari gear bertahan
kepada gear menyerang. Isu Lahad Datu harus diperjelaskan dengan berani.
"Untuk
itu ruang perdebatan harus dibuka, malangnya isu sepenting ini yang
harus di bawa ke parlimen untuk dibahaskan bagi bukan sekadar mencari
punca tetapi memperbaiki kesilapan yang mengundang tragedi.
"Rakyat
perlu dipersajikan dengan ulasan serta maklumat yang lebih membuka
minda dan ke arah memperkasakan negara, namun malangnya regim (parti
penguasa) cekap menyusun dan memanipulasi ruang sehingga menghimpit
lawan politik," kata Pengarah Propaganda SAMM,
Edy Noor Reduan dalam satu kenyataan.
Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh diajukan kepada pihak penganjur sila hubungi penganjur di talian 010-2675872.
Di
program malam ini juga, SAMM akan melancarkan risalah khas penerangan
kes Lahad Datu dan kenderaan pacuan 4 roda SAMM khusus untuk “smoke
operation”.
Justeru orang ramai dijemput hadir ke program yang akan bermula jam 8.45 malam ini./HarakahDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...