KUALA LUMPUR 20 MAC: Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri menjawab
pendedahan bukti rakaman yang mendedahkan dakwaan kerakusan Ketua
Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud merompak hak rakyat Sarawak.
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai
pemimpin berwibawa dalam memimpin sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,
adalah mustahil untuk Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dalam isu
ini.
“Beliau mesti beri ulasan mengapa perkara ini dibiarkan ataupun tidak mengambil beberapa tindakan segera.
“Kita berharap Perdana Menteri respon segera mengenai perkara ini,” katanya dipetik Sinar Harian.
Beliau berkata pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PAS, petang semalam.
Anwar berkata, perkara itu adalah serius memandangkan badan
antarabangsa telah meneliti akaun, beberapa penyalahgunaan kuasa dan
jumlah dana yang dikumpulkan Taib serta keluarganya.
“Najib tak boleh diam diri selepas beliau banyak mendiamkan diri
terutama berkaitan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung
pencerobohan di Lahad Datu.
“Ini adalah isu yang akan membuatkan Pakatan Rakyat akan terus ketengahkan,” kata Anwar dipetik.
Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula dipetik membidas
Najib kerana tidak mengotakan janji untuk menukar Ketua Menteri Sarawak
selepas Pilihan Raya Negeri 2011.
“Kegagalan Najib berbuat demikian membuktikan beliau pemimpin yang gagal mengotakan janji.
“Apa yang berlaku sekarang, menunjukkan Taib lebih berkuasa daripada
Perdana Menteri termasuk bekas Perdana Menteri yang pernah perintah
negara selama 22 tahun,” kata Kit Siang./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...