KUALA LUMPUR 22 Mac: Kerajaan Negeri Sembilan akan menjadi kerajaan
haram jika ia terus beroperasi selepas 26 Mac, kata pakar perlembagaan,
Profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan
akan bubar dengan sendiri pada tarikh tersebut jika tiada pembubaran
DUN dilakukan sebelum itu.
“Sekiranya kerajaan Negeri Sembilan terus beroperasi selepas Selasa,
26 Mac ini, kita boleh katakan yang ia haram. Ini kerana pada tarikh itu
DUN Negeri Sembilan bubar secara automatik.
“Dalam sistem demokrasi berparlimen – atau Westminster – hayat
kerajaan bergantung kepada dewan. Bila dewan bubar kerajaan pun ikut
bubar.
“Sebuah kerajaan sementara (caretaker government) perlu dilantik oleh
Yam Tuan Besar. Menteri Besar (MB) yang ada boleh dilantik sebagai MB
sementara,” katanya kepada Keadilan Daily.
Untuk rekod, sidang pertama Dewan Rakyat adalah pada 28 April 2008,
manakala sidang DUN pertama pula bermula dengan Negeri Sembilan iaitu
pada 26 Mac dan diikuti DUN-DUN lain pada bulan April 2008.
Menurut Aziz, adalah tidak bermoral bagi kerajaan negeri atau pusat
terus berkuasa kerana ia telah melebihi tarikh 8 Mac, iaitu melepasi
tempoh mandat lima tahun yang diberikan sejak pilihan raya umum (PRU)
2008.
“Kalau dulu taklah menonjol sangat sebab dewan (Dewan Rakyat dan DUN)
dibubar sebelum 5 tahun. Sekurang-kurangnya adalah hujah moral untuk
tidak melantik kerajaan sementara secara formal,
“Tetapi sekarang ini lain, tarikh 8 Mac sudah jauh ditinggalkan.
Tempat berpijak yang ada hanyalah tarikh dewan bersidang buat kali
pertama selepas PRU yang lalu. Kalau tarikh yang itu pun sudah luput,
apalagi alasan untuk kerajaan ini berada di situ dan menggunakan
kemudahan serta wang rakyat,” katanya.
Justeru katanya, kerajaan sementara yang dilantik di Negeri Sembilan
selepas 26 Mac perlu melaksanakan prinsip tersebut dengan menjalankan
fungsi terhad sebagai sebuah kerajaan.
Ia katanya, termasuk tidak membuat sebarang keputusan kritikal
seperti meluluskan tanah, projek kerajaan atau menyampaikan bantuan
kerajaan.
“Kerajaan sementara ini sekadar buat kerja rutin dan tak boleh buat
inisiatif penting. Guna kemudahan awam lagilah tak boleh. Naikkan gaji
pun menimbulkan persoalan,” ujarnya.
Menyifatkan tempoh yang ada pada kerajaan ibarat ‘simpanan petrol’
dalam tangki minyak sebuah kereta, Aziz menggesa parlimen segera
dibubar agar mandat baru diberikan oleh rakyat.
“Tarikh 26 Mac itu – atau 28 April dalam konteks Dewan Rakyat – ibarat petrol reserve.
“Maknanya kalau minyak habis, kereta kena berhenti dan isi minyak.
Isi minyak di sini bermaksud bubar dewan dan adakan pilihan raya umum
bagi mendapatkan mandat atau autoriti baru dari rakyat,” kata Aziz./KeadilanDaily
#Anda Bakal Jutawan Online##
ya isi minyak..baru boleh jalan..jangan pakai redah aje..
BalasPadamNajib nak tinggal bala pada PR dia apa peduli jika dia tangguhkan hingga kesat terakhir jika menang dia akan kaut untung dengan membiarkan rakyat galas beban sara hidup yang tinggi demi untuk kutip semula apa yang telah dilaburkan semasa tuor janji ditepati rakyat dicapati
BalasPadam