KUALA LUMPUR 13 MAC: Pakatan Rakyat yakin ekonomi negara akan terus
kukuh dan tidak terjejas jika berlaku peralihan kuasa dalam Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU 13).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya, Pakatan tidak
akan keliru dengan hujah-hujah pemimpin Umno BN dan penganalisis politik
mengatakan kepentingan kestabilan politik dan oleh itu tidak perlu
kerajaan baru.
“Kestabilan politik faktor paling penting menentukan hala tuju dan objektif pengurusan ekonomi.
“Sekarang banyak muncul penganalisis yang mengatakan jika Pakatan menang, ekonomi akan terjejas.
“Sebaliknya, pemerhati bebas menyatakan lebih optimis. Sebagai
contoh, Prof Roubini mengatakan ekonomi kita akan kekal teguh walaupun
dengan perubahan dalam kerajaan,” kata Anwar.
Beliau berucap pada perasmian program ‘Economic Management During Political Transition di Hotel Renaissance, di sini, semalam.
Anwar berkata, Pakatan lebih mempunyai ‘jalan’ dan pendekatan
bagaimana untuk menguruskan ekonomi negara berbanding kerajaan sedia ada
yang kini menyebabkan negara mengalami defisit.
“Status quo akan dikekalkan. Dasar-dasar ekonomi yang sudah kukuh
tidak akan diubah. Tapi kita tidak akan membenarkan syarikat-syarikat
dimonopoli kroni-kroni pemimpin.
“Lihat sahaja sekarang, semakin dekat pilihan raya, semakin banyak
wang dilaburkan dan ia akan menyebabkan defisit negara meningkat.
“Tidak akan ada kesinambungan pemerintahan Umno BN. Apa yang hilang
kita akan dapatkan kembali untuk dipulangkan kepada rakyat,” kata Anwar
dipetik MediaSelangorku.
Kira-kira 100 orang hadir program itu.
Program itu membincangkan nasib ekonomi Malaysia jika berlaku peralihan kuasa dalam pilihan raya akan datang.
Hadir sama, Pengarah Eksekutif Institut Penang, Prof Woo Wing Thye;
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Exco Selangor, Dr
Xavier Jayakumar./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...