KUALA LUMPUR 14 Mac: Pakar undang-undang, Profesor Dr Abdul Aziz Bari
turut mempertikai kelewatan kerajaan menghantar pasukan tentera dalam
menangani situasi di Lahad Datu, Sabah.
Menurut Aziz, alasan kononnya kerajaan perlu akur terhadap Konvensyen Geneva 1949, adalah tidak berasas.
Ia ekoran kenyataan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM,
Mejar Jeneral Datuk Abdul Aziz Ibrahim 4 Mac lalu yang mendakwa Malaysia
perlu mematuhi undang-undang antarabangsa itu, dalam menangani
pencerobohan.
Bagaimanapun menurut Aziz, konvensyen Geneva hanya merujuk pada
isu-isu kemanusiaan berhubung tawanan perang, termasuk kaedah bagaimana
pihak yang tidak bertempur (non combatant) perlu ditangani.
“Ia bukan halangan kepada penggunaan tentera dalam menangani masalah termasuk pencerobohan asing.
“Dalam konteks Sabah, undang-undang berkenaan tidak relevan. Apa yang
perlu adalah pihak tentera khususnya, tidak melakukan kekejaman dan
tindakan di luar batas kemanusiaan sewaktu menjalankan tugas dan misi
mereka,” kata Aziz dalam kiriman email kepada keadilan daily.
Kenyataan Aziz itu juga susulan kenyataan bekas Timbalan Panglima
Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid yang
mengatakan kerajaan mengambil masa iaitu 23 hari untuk menangani isu
itu.
Dalam sidang media semalam, Ghafir turut menggesa kerajaan memohon
maaf kepada rakyat Malaysia dan keluarga anggota keselamatan yang gugur
semasa bertempur dengan pengganas di Lahad Datu.
Mengulas lanjut, Aziz berkata, sebagai negara berdaulat, Malaysia
berhak mengguna khidmat tentera untuk mempertahankan kedaulatan.
“Ini dijamin oleh undang-undang antarabangsa yang kini termaktub di
bawah Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Charter),” ujar pakar
perlembagaan itu.
Beliau dalam pada itu bersetuju dengan kenyataan bekas panglima
tentera darat Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang
berpendapat pencerobohan itu sepatutnya boleh ditangani dalam masa lebih
singkat.
“Kekeliruan dan kelambatan bertindak di pihak kerajaan menyebabkan
wujudnya apa yang dikatakan sebagai tidak adanya rantaian arahan (chain
of command) yang dibangkitkan oleh Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim
Hussein,” ujarnya./KeadilanDaily
Extra income dari rumah
SIAPA dR bAHARI YG NAK BERCAKAP MENGENAI STRATEGI TENTERA,SEMUA NAK JADI HERO! PUN---K, PUIHHHHH, TAK PAYAHLAH KALAU SAHAJA NAK CEPLAK CAKAP JENERAL HASHIM YG BERLAGAK HANYA KUMPUL BARANG ANTIK MASA PERKHIDMATAN. SELEPAS KES SAUK, SEPATUTNYA DIA DAH LETAK JAWATAN KERANA KEGAGAALANNYA YG KETARA. TANYA DIA BANYAK KES YG MELIBATKAN KEGAGALANNYA, DIA KONON NAK `TUTUP' SEMUA ASKAR TAHU DIA NI.....MANGKOK HAYUN, PKR MEMANG PATUT KENA TIPU!!!AMBIL JENERAL LAPUK
BalasPadamUlasan penyokong umno yg setaraf dgn lembu2 ...
BalasPadamsetuju..!!!!!bukan setaraf lembu;inilah(PELATUK) lembu BN yang sedang menguak...
BalasPadamTentera kita dn pdrm tidak mempunyai pengalaman dlm perang sebenar,bebanding negara jiran,Indonesia, philipina, dn Thailand, yg kerap kali berperang,10,org pahlawan kita gugur bukan bilangan yg kecil,walaupun musuh hampir 60org terkorban, disegi tektikal kita gagal,menjangka, gagal menjangka tektik musuh ,contoh Israel seorg tentera Israel tebunuh 60org polis palastin terkorban..
BalasPadamkepale bapak la sengal, sikit2 nk undang2... haha. bodo!!!
BalasPadampolis n atm ade la prosedur sndri, dorg pun tau la cmne nk tangani.
xpya nk poyo sgt, najiz bhari btool...
bajet pandai sgt, poyo!!!
brape kne byar xtau.