Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Sabtu, Mac 23, 2013
Anwar Ibrahim yakin dia disasarkan dengan dakwaan kes Sulu
(Anwar bergambar dengan crew Treler Demi Rakyat selepas melancarkannya. Dengan ini ketiga-tiga parti Pakatan mempunyai treler masing-masing menjelang pilihan raya umum ke 13 ini)
SELAYANG: Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau adalah orang yang disasarkan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib dalam kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu sekarang.
Bagaimanapun Anwar berjanji beliau tidak akan berhenti dengan dakwaan itu bahkan akan memberikan semangat lebih kuat kepada beliau untuk melawan kerajaan BN sehingga ia tumbang dalam pilihan raya umum akan datang.
"Dakwalah saya, fitnahlah saya tetapi jangan harap saya akan menyerah," kata Anwar ketika memberikan ceramah dalam program Merdeka Rakyat di Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri malam ini.
(Sebahagian orang ramai yang memenuhi Puteri Centre Park, Bandar Tasik Puteri)
Anwar dipercayai mengulas pengakuan seorang yang didakwa dalam kes pencerobohan Sulu bahawa dia diupah.
Seorang daripada tertuduh yang didakwa menjadi anggota pengganas yang menceroboh Sabah memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau bahawa dia disuruh dan diupah oleh seseorang yang tidak dinamakannya.
Hooland Kalbi yang bercakap dalam bahasa Bajau dari kandang tertuduh mendedahkan demikian pada prosiding pendakwaan terhadap lapan individu yang didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas, dua daripadanya turut dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan Hooland di hadapan Hakim Ravinthran diterjemah oleh jurubahasa mahkamah.
(Buku Prima Facie tulisan Hanipa Maidin dan The Black Rose antara yang dijual kepada orang ramai)
Hooland turut menyatakan bahawa dia bodoh kerana melakukannya.
"Ini dakwaan ada orang bayar ni. Ini semua pelan Najib untuk mendakwa saya," kata Anwar dalam ceramah itu.
Menurut Anwar, bayang-bayang mengenai perkara ini sudah disebut sebelum ini lagi apabila beberapa pemimpin Umno mula mendakwa beliau di belakang kemasukan tentera kesultanan Sulu ini.
"Mereka nak dakwa ke, mereka nak tangkap ke, kita akan tetap lawan untuk tumbangkan Umno dalam pilihan raya ini," kata Anwar sambil disambut tepukan gemuruh para hadirin.
Bahkan katanya, dia menyanyi lagu 'Sabah nak hilang' pun dikaitkan sebagai bukti beliau mengarahkan orang serang Sabah.
Lebih 10,000 berhimpun di pusat rekreasi Bandar Tasik Puteri itu untuk mendengar ucapan Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Antaranya Zaidi Talib YDP PAS Selayang, Syamsul Iskandar Ketua Pemuda PKR serta Zuraidah Kamarudin Ketua Wanita PKR.
Sempena himpunan kali ini, Anwar juga turut melancarkan 'Treler Demi Rakyat' yang seakan-akan sama dengan Treler Negara Berkebajikan PAS.
"Saya yakin treler atau lori lebih kuat untuk menahan batu dari pencacai Umno," kata Anwar merujuk kepada bas PKR sebelum ini yang pecah cerminnya selepas dibaling batu di Melaka./HarakahDaily
Berminat Menjadi "AGEN PERUBAHAN" Klik Now!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...