Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Februari 15, 2013

Umno/BN Guna Ustaz Upahan!!!! Panas!!!!


PRU13: Ustaz upahan jadi talian hayat Umno

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, menjadi kebiasaan hampir pilihan raya akan muncul ustaz-ustaz upahan untuk mencari dalil supaya menghalalkan tindakan Umno di negara ini, lebih-lebih lagi ketika Umno nazak untuk menghadapi PRU13.

"Umno hanya bergantung kepada undi Melayu.

“Memang kita sedia maklum bahawa Melayu begitu intim dengan agama. Oleh itu peranan golongan ini amat diperlukan untuk mempengaruhi pengundi Melayu talian hayat Umno dilanjutkan,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Maka, katanya sudah kedengaran haram mengundi PAS kerana ia bersama dengan DAP yang menolak hudud.

“Apabila membaca kenyataan ini kita boleh buat dua andaian, pertama mereka buat tidak tahu kenyataan pemimpin MCA dan Umno yang begitu biadab dengan Islam,” katanya.

Tambahnya, adakah mereka tidak tahu kenyataan biadab pemimpin MCA seperti Chua Soi Lek yang menghina Cikgu Normala Sudirman yang tidak mahu bersalam dengan orang lelaki sewaktu pilihan raya kecil Tenang.

Katanya lagi, Presiden MCA itu juga yang mengatakan Datuk Ayub, Adun Kemelah Johor hilang akal kerana mencadangkan hukum hudud.

Tetapi, ujarnya ustaz Umno membisu dan kaku ketika Islam dihina oleh rakan sekutu Umno dan juga penghinaan hukum Islam oleh pemimpin Umno.

“Apakah ustaz ini kurang vitamin  sehingga rabun mata sehingga tidak nampak kenyataan yang dikeluarkan oleh rakan sejawat Umno?” tanya beliau.


Andaian kedua, ujarnya mereka itu golongan yang telah memalingkan diri  daripada Allah sehingga Allah memalingkan hati mereka.

Menurutnya, walaupun mereka ada ilmu tetapi ilmu yang tidak menyuluh kebenaran hidup sehingga mengeluarkan kenyataan yang tersasar jauh daripada disiplin ilmu.

“Mereka sanggup membeli dunia dengan menjual agama dan maruah untuk keuntungan sementara,” katanya./HarakahDaily

VIDEO HOT!!! BOLEH JATUHKAN PM NAJIB DAN UMNO (VIDEO)

2 ulasan:

  1. ooo bn / umno larang katanya ... tapi undang-undang kata tak larang...

    31 Dec 2009 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Lee Ban Lan ) telah membenarkan Gereja Khatolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya. ( *** LARANGAN TIDAK BERSIFAT UNDANG-UNDANG).

    BalasPadam
  2. Otaistillkick - yang buat undang-undang tu siapa ? Yang gariskan undang-undang tu siapa ? Siapa yang pegang tapuk kerajaan Malaysia dari dulu sampai sekarang ? BN kan ?

    Jadi BN = Undang-undang / Undang-undang = BN

    Berfikirlah wahai Otaistillkick. Nak mengampu UMNO-BN tu pakailah otak sikit.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...