KUALA LUMPUR: Selepas berkerjasama dengan Harakahdaily,
radio internet Suara Rakyat.fm kini melebarkan sayapnya ke Selangor
pula dengan menjalinkan kerajasama dengan kerajaan negeri.
Sebagai
tanda sokongan, satu majlis pelancaran radio itu untuk peringkat
Selangor akan diadakan pada jam 8.00 pagi Ahad ini bertempat di Dataran
Kemerdekaan Shah Alam.
Exco kerajaan negeri Dr Ahmad Yunus Hairi
selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan
dijangka menyempurnakan majlis pelancaran tersebut.
Sementara
itu, radio Suara Rakyat juga kini mula beroperasi dari Selangor iaitu
dari konti TV Impian di Shah Alam setiap hari dari jam 11 pagi hingga 1
petang.
Di samping memuatkan berita-berita berhubung program
kerajaan negeri, ianya juga turut mewarwarkan aktiviti yang akan
berlangsung di negeri itu.
Sesuai dengan namanya Suara Rakyat, kandungan radio ini lebih cenderung membawa laporan pro rakyat.
Radio ini boleh di akses melalui suararakyatfm.blogspot.com./HarakahDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...