KUALA LUMPUR 16 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
mengecam penahanan senator bebas Australia, Nick Xenophon pagi ini dan
menegaskan ia melanggar protokol antarabangsa.
“Saya mengecam dengan keras penahanan senator Australia Nick Xenophon
di LCCT yang dikatakan mengancam keselamatan nasional dan dilabel
sebagai ‘musuh negara’. Tuduhan-tuduhan itu adalah tidak berasas,”
“Saya
mengingatkan perdana menteri, Najib Razak bahawa beliau tiada hak untuk
memperlaku tetamu sebagai musuh negara hanya kerana mereka kritikal
kepada pentadbiran Umno.
“Malaysia bukan dimiliki Umno. Ia kepunyaan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik,” tegas Anwar.
Menurut Anwar, Xenophon yang melahirkan kebimbangan terhadap pilihan
raya akan datang, tidak melanggar sebarang undang-undang mahupun
mengancam keselamatan negara.
“Tambahan pula, beliau disertai penggubal undang-undang Australia
untuk bercakap kepada kami, serta pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan
raya. Ini bukan sebab untuk menyenaraihitamkan beliau,” katanya.
Menurut Anwar, tindakan menahan dan menghantar pulang Xenophon bermotifkan politik dan merupakan salahguna kuasa.
“Ia juga jelas melanggar protokol antarabangsa dalam menerima
kehadiran penggubal undang-undang daripada luar, khususnya ahli negara
komanwel.
“Senator Xenophon mesti dibebaskan serta merta dan dibenarkan masuk ke negara ini tanpa halangan selanjutnya,” tegas Anwar./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
kepala hotak kau lah Nuar..
BalasPadam