PETALING JAYA 26 FEB: Pakatan Rakyat akan menganjurkan Persidangan
Antarabangsa Mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 di bangunan Parlimen pada 4
dan 5 Mac ini.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya hari ini.
Anwar menegaskan, keperluan persidangan antarabangsa itu diadakan
bertujuan menggembleng sokongan untuk pilihan raya bebas, adil dan
demokratik.
Ia juga ekoran kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan
sepenuhnya cadangan Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang hanya
melaksanakan 8 daripada 14 cadangan.
Persidangan bakal disertai oleh semua pihak termasuk wakil kerajaan
BN, SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di samping
badan-badan antarabangsa.
“Setakat ini panelis antarabangsa yang bersetuju hadir membentangkan
kertas kerja mereaka adalah Hakim Marlon Reis (Brazil), Prof Dr Gothom
Arya (Thailand), Dr Mohamad Nasir Tamara (Indonesia), Damaso G. Magbual
(Filipina), Mobashar Jawed Akbar (India) dan Prof Dr Clinton Fernandes
(Australia).
“Pejabat saya (Ketua Pembangkang) masih menunggu penyertaan penjawat
awam utama masih seperti Setiausaha SPR, Ketua Pengarah Penyiaran dan
Ketua Pesuruhjaya SPRM,” ujar Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada
sidang media mengenai persidangan berkenaan di ibu pejabat KEADILAN hari
ini.
Menurut Anwar, antara isu-isu yang akan dibincangkan di persidangan
itu nanti ialah menilai demokrasi pilihan raya di Malaysia, menangani
cabaran kritikal mengenai proses pilihan raya, amalan terbaik sebagai
kerajaan sementara (caretaker), memerangi politik wang dan rasuah,
menilai cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen Malaysia pada reformasi
pilihan raya dan agenda reformasi demokratik.
Spaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang dijangka akan
merasmikan pembukaan persidangan ini, manakala Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Hulu
Selangor, P Kamalanathan sebagai panelis.
Turut hadir dalam sidang media itu, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengarah Strategi, Rafizi Ramli./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...