MELAKA 4 FEBRUARI: Nasib anggota tentera dan polis serta badan
pencegahan jenayah tidak akan diabai apabila Pakatan Rakyat diberi
mandat mentadbir negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kebajikan badan itu sama ada masih berkhidmat atau
bersara akan diberi setimpal dengan pengorbanan menjaga keselamatan
negara.
“Pakatan tidak mahu tentera dan polis dianak tiri kerana mereka juga
rakyat. Dalam program, kita peruntukkan beberapa kemudahan yang bakal
dinikmati mereka.
“Kita tidak mahu ada antara mereka terpaksa tinggal di rumah
setinggan tanpa keperluan asas secukupnya seperti yang berlaku dalam
pemerintahan Umno BN.
“Bekerja
tidak kira siang atau malam, di tengah-tengah panas, patutnya ada
insentif tambahan untuk mereka,” kata Ketua Umum KEADILAN itu.
Berucap pada majlis Hi-Tea bersama 500 rakyat di Kampung Gangsa,
Durian Tengah, petang semalam, Anwar berkata, jasa dan pengorbanan polis
dan tentera tidak boleh sama sekali dipandang rendah.
“Tentera seolah-olah tiada nilai di mata Umno BN apabila wang mereka
dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dirompak, kemudian diserah
kepada Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Roopiah.
“Dia kebas duit berjuta-juta, dapat tanah seluas 223 ekar, tentera
dapat apa? Inilah contoh pemimpin yang tidak jujur. Demi mengkayakan
sesama sendiri, sanggup mencuri dana tentera” katanya.
Turut hadir Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul
Iskandar Mohd Akin; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Keroh, Khoo
Paoy Tiong dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Adly Zahari./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...