Nik Aziz: Mengarut Majlis Syura tolak Anwar jadi PM
Pengerusinya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam Pakatan.
"(Dakwaan ini) mengarutlah. Saya pengerusi Majlis Syura. Tak ada apa yang dibincangkan," katanya yang juga Mursyidul Am Pas sewaktu ditemui selepas mengunjungi rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Taman Limau Manis di Kota Bharu hari ini.
Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa soal siapa bakal menjadi perdana menteri kembali menjadi tumpuan apabila tercetus khabar angin bahawa Majlis Syura menolak Anwar menduduki jawatan tersebut.
Laporan akhbar tersebut yang memetik sumber dalaman PAS, turut mendakwa walaupun kesahihan mengenai pendirian majlis itu belum dipastikan, namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota
majlis tersebut.
Sumber itu turut dilaporkan berkata jika benar pendirian majlis itu menolak Anwar menyandang jawatan tertinggi negara, ini tidak mengejutkan kerana dikatakan memang itu pendirian sebahagian besar pemimpin dan anggota PAS.
Khamis lalu, bekas anggota PKR dan kini Anggota Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dilaporkan mendakwa bahawa rakan-rakannya dalam PAS menyatakan penolakan Majlis Syura terhadap Anwar semakin kuat.
Zahrain mendakwa ini berikutan percanggahan pendirian kepimpinan pembangkang dengan majlis tersebut dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.
- Bernama
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...