KUALA LUMPUR 5 Feb: KEADILAN bersama kekuatan jentera parti siap
untuk gempur pilihan raya tahun ini yang dijangka maha sengit dan hanya
menunggu tiupan wisel pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yakin
Pakatan Rakyat akan memperoleh kemenangan melebihi tsunami politik pada
2008.
“Pembahagian
kerusi KEADILAN siap sepenuhnya. Tapi yang membabitkan wilayah bersama
Pakatan Rakyat masih ada satu dua kerusi lagi. Kesimpulannya persiapan
semua parti Pakatan berada di tahap maksimum, sedia untuk PRU 13,”
katanya kepada Keadilan Daily.
Menurutnya, senarai calon yang bertanding mewakili KEADILAN juga selesai.
“Kita juga sudah siap mengenal pasti sebahagian besar calon-calon
negeri dan mereka sudahpun ditentukan, cuma mereka belum dimaklum. Masih
dirahsiakan, tapi Cabang-cabang sudah tahu, tetapi belum secara rasmi,”
jelas Saifuddin.
Tambah beliau, kempen berterusan yang masih dijalankan antaranya
Jelajah Merdeka Rakyat (JMR) merupakan kaedah paling berkesan untuk
pemimpin bertemu rakyat bagi menerangkan tawaran Pakatan Rakyat
khususnya.
“Kempen sedang berlangsung seperti Jelajah Merdeka Rakyat. Ia
berjalan mengikut jadual. Tumpuan KEADILAN kepada kerusi yang ditandingi
dan mesti menang.
“Manifesto (pilihan raya) juga sudah siap, cuma nak diperakukan di
peringkat Majlis Presiden (Pakatan Rakyat). Itu manifesto bersama.
Persiapan logistik berupa bahan-bahan sebaran, kelengkapan parti,
bendera, juga siap diagihkan.
“Tunggu
tiup wisel sahaja, kita akan agihkan ke seluruh Cabang KEADILAN
berdaftar. Kita juga akan bantu calon dari PAS dan DAP,” ujar Ahli
Parlimen Machang itu lagi.
Kata Saifuddin, walaupun berdepan cabaran kotor daripada Umno BN,
namun berdasarkan keyakinan dan sokongan rakyat, Pakatan boleh menang.
“Keyakinan kita kali ini jauh lebih kuat. Kita yakin KEADILAN boleh
memberi persembahan terbaik berbanding 2008. Melihat sudut kesungguhan
jentera dan mesej kita kepada pengundi, kita tampilkan tawaran dan dasar
yang mampu memahamkan rakyat.
“Kita berikan program jangka panjang, supaya rakyat boleh buat
perbandingan. Tawaran dan dasar kita jelaskan dan jentera sudah bagus,
kerjasama Pakatan sangat akrab, maksudnya kita sedia gempur kali ini,”
katanya./KeadilanDaily
Extra income dari rumah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...