Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Februari 25, 2013

KAH KAH KAH MENTERI UMNO DI MALUKAN OLEH RAKYAT... PANAS!!!!


Episod baru di majlis penyampaian BR1M di Kelantan
Lain lubuk lain ikan, lain menteri lain ragam! Pagi itu tanggal 24 Februari 2013, langit Pengkalan Chepa redup, cuaca kurang panas, tapi khalayak yang memenuhi dewan Sekolah Menengah Beris Pancur dari jam delapan pagi sehingga lewat sore keluh kesah seperti orang kepanasan. Sebahagiannya bertindak bangun duduk, keluar masuk, mundar mandir seperti orang keresahan kerana menunggu keretapi yang tak kunjung tiba. Kalau tidak kerana sesuatu yang amat berharga bakal diterima pagi itu, pasti tiada siapa sanggup menunuggu sehingga lebih lima jam hari bekerja.

Tiga penceramah tampil silih berganti, diakhiri dengan seorang menteri yang menjaga pitih negara - Awang Adek Hussin. Sebelum membahagi-bahagikan wang BR1M (RM500) kepada warga miskin dalam Dun Pancur, si Awang berceloteh panjang, terkadang terselit kelakar yang seperti cuba dibuat-buat.

Bertanya Awang Adek kepada warga miskin penerima BR1M dengan megah “Siapa mahu Datuk Seri Najib Razak kekal Perdana Menteri Malaysia, angkat tangan”. Tak sampai dua puluh orang daripada ratusan hadirin angkat tangan tanda bersetuju.

Awang Adek bertanya lagi “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Ramai mengangkat tangan, antaranya yang duduk di saf paling depan dan paling hampir dengan Awang Adek sehingga menteri pitih itu terkejut, pucat lesi mukanya.

“Pakcik, makcik, adik kakak, mungkin tersalah dengar soalan saya tadi” kata Awang Adek dengan senyum kambing sehingga mendorongnya mengulangi lagi sekali soalan sama “Siapa mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri Malaysia?” Orang yang sama terus memberi reaksi dengan mengangkat tangan tanda bersetuju Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia jika PR menang PRU13 nanti. Si Awang terbungkam.

Sementara yang lain ketawa berdekeh-dekeh melihat esisod baru telah muncul di pentas penyampaian BR1M musim kedua di Dun Pancur yang disampaikan seorang bergelar menteri kabinet Malaysia. Di dalam Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertetangga dengan Pancur lain pula ceritanya. Setiap sampul surat yang yang berisi BR1M telah disertakan bersama selembar kertas “bodoh” bertulis Akur Janji.

“Dengan ini aku bersumpah dan berjanji, Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang, dan saya akan kerja dan membantu Umno untuk menyatukan umat Islam bersama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bukan untuk berpecah sesama Islam sepertimana Hj. Abdul Hadi b. Awang supaya orang-orang Islam @ Melayu di Malaysia berpecah @hancur”.

Warkah Akur Janji itu ditemui di Dun Tawang pada 21 Februari, mengingatkan kita betapa hinanya orang-orang miskin di mata Umno. Pemberiannya bukan mengalir dari hati nurani yang ikhlas demi membantu warga miskin terutama orang Melayu, tetapi dari hati kotor yang sarat persangka buruk kepada bangsa ini, maka benarlah seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat; Umno meletakkan taraf manusia itu seperti ayam, lembu./HarakahDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)

2 ulasan:

  1. rm500 bukan rm5000 banyak songeh puak omno ni menyusahkan rakyat aja yang depa tau dalam borang brim minta no akaun bank masuk aja dalam akaun tu bukan susah sangat saja nak ambil kesempatan nak tunjuk baik konon

    BalasPadam
  2. Ramai lagi org kpg dan org Felda yg menjadi penyokong tegar BN sebabnya:1. Maklumat kebaikan parti PR tidak sampai kpd mereka. Mereka dapat malumat berat sebelah (tv 1,2,3, BH,Utusan. 2.Sebelum beri Brim,otak mereka sudah di"brainwash",nasib Melayu dihujung tanduk jika BN kalah pru 13. 3.Ditakutkan dgn Msia akan jadi sprt. Singapura dan P.Pinang 4.Bantuan rumah rakyat miskin dan ibu tunggal(kena isi borang ahli UMNO) 5.Isu kalimah Allah dan ugama Kristian (sgt sensitif bagi org Melayu) 6.Isu Hasan Ali dln2

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...