KUALA LUMPUR 5 Feb: Pakatan Rakyat yakin boleh memenangi
sekurang-kurangnya lapan hingga 14 kerusi dari 26 Parlimen di Johor
sekaligus menumbangkan kerajaan Umno BN, kata Pengerusi KEADILAN Johor,
Datuk Seri Chua Jui Meng.
“Jika Umno BN tidak menipu dalam PRU 13 (Pilihan Raya Umum ke-13),
kita pasti boleh menang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang
beria-ia menyatakan kononnya negeri itu masih kubu kuat Umno BN
berikutan sokongan rakyat tetap kukuh bersama parti itu.
“Kalau
dulu, ya Johor kubu mereka, tetapi kali ini bukan lagi. Rakyat sudah
muak dengan cara pentadbiran Umno. Kos hidup meningkat tetapi pendapatan
masih di takuk lama,” kata Jui Meng.
“Rakyat nampak dan rasa sendiri, kenaikan kos hidup yang begitu
ketara, terutama penduduk di selatan Johor, malah banyak tanah dirampas
untuk kroni dan bukan untuk kemudahan rakyat,” jelasnya.
Sehubungan itu, beliau memaklumkan pada 12 Februari ini akan
berlangsung forum ‘Isu Tanah Johor:
Masalah dan Penyelesaiannya’ di
Hotel Garden, Batu Pahat bermula jam 3 hingga 6.30 petang.
Panelis adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Mereka akan membentangkan kaedah dan pengalaman menguruskan tanah di negeri masing-masing.
Turut menjadi panel, Naib Pengerusi KEADILAN Johor, Hassan Karim dan
Jimmy Phuah, peguam yang sering mewakili penduduk Melayu tertindas
kerana tanah dirampas.
“Kita akan ke Nusa Jaya hari ini, untuk menjemput Ghani, supaya hadir
dan merasmikan forum tersebut sekaligus mempertahan isu dasar tanah
Johor,” kata Jui Meng.
“Rakyat yang ada pengalaman dirampas tanah juga dijemput hadir, agar dapat sama-sama bentangkan kepada MB,” tambahnya./KeadilanDaily
Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...