KUALA LUMPUR 13 FEB: Seorang individu yang mengaku bertindak sebagai
dalang Projek IC sekitar lewat 80-an dan awal 90-an berkata, Ketua Umum
KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri, Tun
Abdullah Badawi tidak pernah terlibat dalam operasi itu.
Mat Swadi Awi yang merupakan pengurus Bank Pertanian Malaysia di
cawangan Kota Kinabalu pada tahun 1980-an, menceritakan peranannya dalam
projek itu bersama bekas presiden Usno, Allahyarham Tun Datu Mustapha
Datu Harun dalam temuramahnya dengan Harakah Daily.
Mat
Swadi yang mengakui dirinya ‘Gurkha setia’ Abdullah menjelaskan
peranannya dalam operasi itu dan menegaskan mantan Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam operasi itu.
Beliau turut mengaku menjadi dalang di sebalik kemasukan Umno ke Sabah di samping menghapuskan Usno dari negeri itu.
“Anwar tidak pernah terlibat langsung dalam projek IC ini sebab semua
orang Umno tahu bahawa Anwar bukannya ‘sekutu’ dengan Allahyarham Megat
Junid (Megat Ayob) dan juga dengan Pak (Tan Sri Aziz Shamsuddin).
“Malah Allahyarham Tun Mustapa dulu pun ada terguris hati dengan
Anwar, jadi macam mana Anwar nak terlibat dalam Projek IC ini. Saya tak
salahkan Anwar meminta RCI memanggil Tun Abdullah ke RCI. Itu mungkin
jawapan beliau secara spontan atau mungkin beliau sengaja menjolok Tun
Abdullah untuk menghentam balik Mahathir.
“Tun Abdullah tidak memerlukan projek macam ini untuk menaikkan nama
baik beliau. Semua orang tahu bahawa Tun Abdullah tak pernah buat yang
bukan-bukan, beliau keturunan keluarga ulama besar,” katanya.
Mat Swadi yang tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan dalam
suruhanjaya menyiasat pemberian kewarganegaraan (RCI) di Sabah berkata
penglibatan awalnya pada tahun 1980-an adalah bagi membantu Usno dan
Mustapha kembali mendapatkan kuasa daripada PBS, dan beliau merupakan
kenalan terdekat Mustapha sewaktu usaha tersebut dijalankan.
Tambahnya, lebih 20,000 pengundi baru didaftar dan diagih-agihkan di
kawasan yang menjadi tumpuan Usno, dan beliau juga mendakwa pernah
bertemu Megat Junid di kediaman Mustapha di Petaling Jaya.
“Saya juga berurusan dengan tentera dan polis, bekerja erat dengan
mereka dan turut diperkenalkan kepada Setiausaha Suruhanjaya Pilihan
Raya (pada masa itu), (Tan Sri) Abdul Rashid Abdul Rahman,” katanya.
Projek IC diteruskan di Semenanjung
Menurut Mat Swadi, Mahathir mahu memastikan PBS tumbang di Sabah
selepas mereka mengancam mahu membawa negeri itu keluar dari
Persekutuan, dan beliau menyokong Usno untuk melaksanakan tugasan itu.
Bagaimanapun, semua usaha berkenaan sia-sia apabila Mahathir membawa
Umno masuk ke Sabah dan melantik timbalan Mustapha dalam Usno, Tan Sri
Sakaran Dandai sebagai ketua perhubungan negeri.
Beliau turut mendakwa bahawa projek itu diteruskan di semenanjung
dengan memberi kad pengenalan biri kepada orang Indonesai di Johor yang
ditugaskan untuk memastikan kemenangan Umno BN.
Dakwanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengesan orang
Indonesia yang diberikan kewarganegaraan tetapi tidak mengundi Umno BN
dan menarik balik kewarganegaraan mereka./KeadilanDaily
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...