PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan
perbincangan mengenai cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun)
Selangor lebih awal masih berterusan.
"Ada perbincangan, perbincangan berterusan, sekarang sedang diteruskan," kata Anwar menjawab pertanyaan pemberita.
Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata,
kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dun selepas sambutan Cap
Goh Meh bulan ini.
Namun katanya, cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan
raya) dan mereka tidak patut menunggu lama," kata Khalid yang turut
memberitahu, ia juga tertakluk kepada tindakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak dalam mengumumkan atau memberi apa-apa indikator
berhubung tarikh pilihan raya selepas Cap Goh Meh ini.
Namun Khalid tidak menolak akan mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan.
Kelantan dan Pulau Pinang memutuskan akan mengadakan pilihan raya serentak dengan pusat.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula berkata, beliau
belum terfikir untuk membubarkan Dun bagi memboleh pilihan raya negeri
diadakan secar berasingan.
Pembubaran katanya, bergantung kepada keadaan semasa di negeri dan ia terserah kepada beliau untuk menilainya sendiri./SinarHarianOnline
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...