KUALA LUMPUR, 14 Feb — Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 hari ini
menyuarakan rasa kecewa terhadap kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) yang memberi amaran supaya Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga
Sreenevasan “tidak merosakkan perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).”
Dalam satu kenyataan hari ini pergerakan badan bukan kerajaan (NGO)
itu melihat kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar itu “jahat dan tidak
bertanggung jawab.”
“Ini adalah percubaan untuk mengalih pandangan orang ramai tentang
pekara-pekara yang ditimbulkan oleh Kumpulan Masyarakat Madani dan
pandangan umum tentang perlunya reformasi pilihan raya dilakukan.
“Bersih 2.0 merasa amat kecewa dengan kenyataan terbaru dari timbalan pengerusi SPR yang telah menuduh Ambiga (gambar) ‘meracuni pemikiran orang ramai dengan perkara-perkara palsu.’
“Beliau juga menuduh ‘beberapa kumpulan’ sedang menanamkan ‘ajaran
[jangan percaya].’ Kami melihat kenyataan ini jahat dan tidak
bertanggung jawab,” jelas kenyataan tersebut.
Wan Ahmad sebelum ini dipetik laporan media arus perdana memberi
amaran kepada Ambiga supaya tidak menjadi perosak kepada kelancaran
proses PRU 13.
Beliau berkata kenyataan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu boleh
mengelirukan dan menghakis keyakinan rakyat terhadap proses demokrasi di
negara ini.
Dakwaan Ambiga pengundian pos di luar negara sangat mengelirukan dan
meragukan jelas Wan Ahmad adalah nasihat yang salah kepada pengundi,
sebaliknya beliau berkata SPR berusaha memberikan hak mengundi serta
meringankan beban pengundi yang tidak berkemampuan dari segi masa dan
kewangan.
“Ambiga membuat andaian mengelirukan dan kenyataannya itu tidak
membantu sebaliknya lebih merosakkan sedangkan proses mengundi adalah
melalui pelbagai cara sama ada datang sendiri atau melalui pos.
“Tindakannya itu menggambarkan beliau tidak faham dengan prosedur dan
mekanisme SPR yang dibincangkan dengan panjang lebar dengan Wisma Putra
dan kedutaan, sebaliknya membuat kenyataan berasaskan persepsi dan
andaian serta cuba meracuni rakyat dengan perkara yang karut,” katanya
dipetik laporan media./TheMalaysiaInsider
Digital Al-Quran Untuk Dijual...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...