BERA 8 Feb: 40 peneroka Felda termasuk Ketua Cawangan dan Ketua
Pemuda Umno Triang 1, Bera keluar parti ekoran tidak puas hati dengan
penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Kecewa dengan penipuan Felda, kumpulan itu menganggotai KEADILAN
dalam majlis penubuhan Ranting Felda Triang 1, dekat sini, malam tadi
sempena kemasukan mereka.
Borang keahlian diserahkan kepada Ketua Cabang Bera, Abas Awang.
Hadir sama, Timbalan Ketua Cabang, Bob Manolan.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said
berkata, peneroka terbabit yang juga ahli Umno kecewa ditipu janji
manis Felda berhubung FGVH.
“Banyak perkara peneroka tak setuju, antaranya FGVH. Sebelum ini
Felda menjanjikan kekayaaan dan kesenangan kepada peneroka tetapi apa
yang mereka dapat hanya bebanan hutang,” katanya ketika dihubungi.
Menurut Suhaimi, antara punca lain mendorong peneroka kawasan
tersebut menyertai KEADILAN kerana pemimpin Umno peringkat pusat dan
bahagian Bera tidak bersunguh-sungguh peduli nasib peneroka.
“Kelmarin, peneroka Felda Triang 2 berdemo tak puas hati dengan gaji
yang mereka terima. Sebelum ini mereka tak kisah mengenai kebajikan
kerja tetapi sejak tanah mereka digadai kepada FGVH, mereka rasa
teraniaya, lebih-lebih lagi bila KWSP dan Socso tidak disedia,” jelas
Suhaimi.
Suhaimi yakin dengan perkembangan ini, peluang kemenangan cerah di
Triang 1 dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemayam dalam pilihan raya umum
nanti.
“Harapan cerah untuk menang. Kita sebelum ini meramalkan peluang
50-50 tetapi dengan kesedaran yang kian meningkat, kita yakin pengundi
semakin berpihak kepada Pakatan Rakyat,” katanya.
“Ini hanya permulaan, ramai lagi yang akan menyertai kita (KEADILAN) selepas ini,” tambah Suhaimi.
“Pada 17 Februari, dua lagi Ranting akan dirasmikan di Kampung Kuala
Tahan, dalam DUN Tahan. Dijangka 200 kemasukan ahli baru di sana,”
jelasnya./KeadilanDaily
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Macam tu peneroka Felda. Jangan lagi biarkan Umno tipu anda. Kepada anak2 peneroka yang akan balik bercuti pada Tahun Baru Cina tolonglah terangkan kedudukan sebenar tanah2 dan hutang peneroka kepada ibu bapa dan saudara mara yang masih belum faham apa yang mereka hadapi selagi Umno/BN berkuasa.
BalasPadamya betul tu...kepada anak-anak muda yang balik ke kampung halaman di felda beri penjelasan kepada keluarga masing-masing.Cukup diperhamba dan diperbodohkan oleh umno.
Padam