Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan ura-ura bahawa Pakatan
Rakyat akan mempelawa ahli Parlimen Gua Musang untuk menjadi perdana
menteri sekiranya Pakatan mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum
akan datang.
Beliau juga mendakwa, isu berkenaan hanyalah gembar-gembur yang dimainkan oleh media Umno.
"Saya tak tahu saya belum dengar apa-apa. Saya tak tahulah kalau Kit (Siang) ada dengar apa-apa.
"Saya rasa ini (kerja) akhbar Umno," katanya menjawab soalan wartawan sewaktu ditemui selepas majlis Tahun Baru Cina anjuran Dong Zong di Kajang.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media sama juga menyifatkan perkara itu sebagai khabar angin.
"Saya fikir ini semua khabar angin," kata Kit Siang.
Dakwaan berkenaan dibangkitkan bekas wakil rakyat Pakatan, Datuk Dzahrain Hashim dalam satu laporan The Star semalam.
MP Bayan Baru itu mendakwa DAP dan PAS telah mencapai persefahaman untuk melantik Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri Pakatan kerana beliau calon yang lebih baik.
Pimpinan tettinggi Pakatan Rakyat sebelum ini sebulat suara berazam melantik Anwar sebagai PM jika mereka mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang./MalaysiaKini
Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...