LABUAN 24 Feb: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar
menaikkan semula status Wilayah Persekutuan Labuan jika Pakatan
mengambil alih Putrajaya kelak.
Katanya, inisiatif dilakukan untuk mengiktiraf Labuan sebagai Pusat
Kewangan Pesisir Antarabangsa atau IOFC semasa beliau mengetuai
kementerian kewangan pada 1990.
“Bila (Tun) Mahathir (Mohamad) setuju IOFC, saya menteri kewangan
(waktu itu). Apa janji kita? Labuan sebagai Pusat kewangan pesisir
antarabangsa akan diberi peruntukan, sumber mencukupi, infrastruktur dan
sokongan yang baik,”
“Dari segi infrastruktur, lulus airport, lulus hospital, lulus pusat pengajian dan saya datang rasmikan.
“Selepas itu, saya cuti (dipecat). Apa jadi selepas itu? Tidak ada
perancangan, kemiskinan (di Labuan) teruk,” katanya pada majlis Sambutan
Gong Xi Fa Cai dan Ceramah Perdana di Dewan SJK (C ) Chi Wen, Bandar
Labuan, 22 Februari lalu.
Pada masa ini, IOFC dikenali sebagai Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa (LOFSA).
Berucap di depan kira-kira 2000 hadirin, Anwar berkata, Labuan
dipinggirkan oleh kerajaan pusat hingga gagal berfungsi sebagai pusat
kewangan antarabangsa.
Malah, kadar kemiskinan terus meningkat, penduduk dibeban kenaikan harga barang dan sistem pengangkutan awam yang lemah.
“Sejak 1995, ia (Labuan) statik selepas itu. Ada usaha baru? Tidak.
Ada kementerian kewangan ambil berat? Tidak. Ada menteri wilayah
persekutuan ambil berat? Tidak,” ujarnya.
Dalam ucapannya, Anwar turut mengutuk amalan rasuah dan kronisme
dalam kepimpinan Umno BN sejak zaman Tun Dr Mahathir dan kini diwarisi
Datuk Seri Najib Razak.
Ia termasuk kes terbaru membabitkan Ketua Wanita Umno Selangor, Raja
Ropiaah Raja Abdullah yang memperoleh 223 ekar tanah ketika Najib
menjadi menteri pertahanan./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...