KUALA LUMPUR 10 FEBI: Kerajaan Bangladesh digesa supaya menghentikan
perbicaraan berat sebelah dan bermotif politik terhadap tujuh pemimpin
kumpulan Islam, Jamaat Islam, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
“Kami bimbang dengan perbicaraan yang dijalankan dengan cara
melanggar piawaian antarabangsa. Justeru kami mendesak agar perbicaraan
dijalankan mengikut prosedur yang betul.
“Kehendak keadilan, kedaulatan undang-undang dan waran perbicaraan
yang adil, suspek diberi hak penuh, kemudahan membela diri dan tidak
tertakluk kepada proses yang asasnya cacat,” katanya pada kenyataan
media hari ini.
Tujuh
pimpinan Jamaat Islami dibicara di Tribunal Jenayah Antarabangsa Dhaka
atas tuduhan terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai dan jenayah
terhadap kemanusiaan semasa perang 1971 pembebasan menentang Pakistan.
Pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa turut menyelar penahanan,
tuduhan dan perbicaraan berkenaan berikutan ia bermotif politik yang
bertujuan menyekat pimpinan Jamaat Islami dari menyertai pilihan raya
Bangladesh.
Mengecam ketidakadilan terhadap mereka, Anwar berkata, perlindungan yang seperti yang tertera dalam perlembagaan mesti dipatuhi.
“Perlindungan itu mestilah terpakai sama rata kepada ahli-ahli
pembangkang. Mereka tidak harus dianiaya kerana perbezaan politik,”
katanya./KeadilanDaily
Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...