KUALA LUMPUR 22 Jan: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin
berkata, sokongan wanita Melayu Selangor terhadap kerajaan Pakatan
Rakyat di negeri itu naik lima peratus dari 48 peratus pada Februari
2012 kepada 53 peratus.
Menurutnya, tinjauan yang dikhususkan di Selangor itu dibuat sebuah
agensi bebas kajian pemasaran, namun tidak menamakan syarikat tersebut.
“Sebanyak 53 peratus wanita Melayu dan golongan suri rumah berpuas
hati. Peningkatan ini memberi mesej jelas bahawa golongan wanita
mendapat kefahaman polisi dan dasar yang dibawa Pakatan Rakyat seperti
yang terkandung dalam Agenda Wanita Malaysia (AWM).
“Ini
merupakan antara hasil gerak kerja Wanita KEADILAN yang giat mempromosi
dan memberi penerangan kepada golongan wanita dan suri rumah di akar
umbi,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
Zuraida berkata, Wanita KEADILAN percaya golongan wanita yakin dasar
AWM yang membela dan mengangkat martabat wanita serta ketulusan kerajaan
Selangor melaksanakan pelbagai program demi menjaga kebajikan dan
mendahulukan rakyat.
“Fenomena peningkatan sokongan bukan sahaja di Selangor, malah di
seluruh negara,” kata Timbalan Pengerusi KEADILAN Selangor itu lagi./KeadilanDaily
"REWARD POWER!!!!!"Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...