KUALA LUMPUR: Rakyat Sabah kesal dengan tindakan bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi kewarganegaraan kepada
pendatang asing semasa pentadbirannya.
Pesuruhjaya
PAS Sabah, Aminuddin Aling berkata, tindakan Mahathir memberi
kewarganegaraan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan memberi kesan
kepada rakyat Sabah sekarang ini.
"Sebagai rakyat Sabah saya
kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang melakukan tindakan tidak
mengikut prosedur dan undang-undang.
"Sekarang ini kita sendiri
pun tidak dapat membezakan mana penduduk yang betul, mana penduduk yang
dapat kerakyatan melalui pemberian IC ini.
"Rakyat asing mula menguasai negeri kita," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aminuddin
juga berkata, rakyat Sabah juga tertanya-tanya sikap berdiam diri
kerajaan walaupun orang yang terlibat dalam perkara ini sudah pun
membuat pengakuan dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
"Kita tidak persoalkan kalau kerakyatan itu diberikan kepada mereka yang memang layak dan mengikut undang-undang yang betul.
"Sebahagian
yang mengaku melakukan perkara itu sudah pun membuat pengakuan tapi
kenapa tindakan yang diambil? Diam begitu sahaja," katanya.
Justeru
tegasnya, pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih amanah dalam
menjaga kedaulatan negara dengan tidak memberikan kewarganegaraan kepada
rakyat asing sewenang-wenangnya.
"Jabatan Pendaftaran Negara, Suruhanjaya Pilihan Raya, dan menteri yang berkaitan seharusnya menjaga amanah mereka.
"Jangan permudahkan hal yang salah kerana tindakan mereka ini tidak menguntungkan rakyat Malaysia," tegasnya./HarakahDaily
sebenarnya pemberian Ic yang tidak mengikut procedur di Sabah lebih banyak membawa keburukan kepada penerima dan ahli keluarga.mengikut pemerhatian saya antara kesannya.
BalasPadam1.dalam sesebuah keluarga tidak semua mendapat ic,cthnya.mungkin ayah mendapat ic tetapi si ibu tetap pemengang imm13.
2.memberi kesan yang tidak sihat dan berbau perkauman,di mana bila seorang anak di daftarkan kesekolah sesetengah cikgu mengeluarkan perkataan ayah atau ibu budak ini ic projek.
3.yang paling teruk ialah pemberian ic projek telah banyak menimbulkan keadaan komplekatif dalam sebuah keluarga kerana tidak semua keluarga itu mendapat ic dan bila di urus ke jabatatan atau individu yang di kira boleh membantu pelbagai birokrasi di praktiskan,akhirnya sehinnga kini kita akan dapati dalam sebuah keluarga ada yang pemengang imm13 dan ada yang langsung tiada surat beranak.kiranya ada pihak tertentu,NGO atau individu ingin mendapatkan gambaran lebih jelas saya sedia berkerjasama.Mohammad Akram 0128166858