Beliau berkata, sekiranya benar dakwaan berlakunya penyelewengan dalam urusan melibatkan pajakan tanah berkenaan, pihak yang bertanggung jawab harus menyegerakan siasatan.
Menurutnya, selagi isu berkenaan ditimbulkan, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan terus menjadikannya sebagai modal untuk menutup isu-isu penyelewengan yang dilakukan mereka.
“Dakwaan yang ditimbulkan memang tidak benar kerana sehingga kini, saya belum menerima sebarang panggilan yang meminta saya memberikan keterangan.
“Saya dan beberapa pelabur sedia berikan kerjasama pada bila-bila masa kerana terbukti isu ini tiada asas dan hanya ditimbulkan untuk mengalih isu penyelewengan mereka (BN),” jelasnya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, seperti dijelaskan sebelum ini, transaksi yang dibuat untuk membangunkan tanah berkenaan dilaksanakan mengikut prosedur yang betul.
Menurutnya, jika isu berkenaan terus dipolitikkan, beliau bimbang ramai pelabur yang mahu ke Kelantan terpaksa membatalkan niat kerana bimbang mereka turut menjadi mangsa bahan politik.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa laman blog dan media yang mengeluarkan berita fitnah mengenai isu ini.
“Saya mahu saman beberapa lagi laman blog dan media yang menyiarkan berita palsu berhubung isu ini dalam masa terdekat,” katanya.
Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan Kerajaan Negeri Kelantan bersedia untuk disiasat mana-mana pihak berhubung isu pajakan 4,200 hektar tanah kepada Syarikat milik Koo Ham dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming./SinarHarianOnline
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...