KUALA LUMPUR 11 Jan: Pengerusi Badan Bertindak Pemandu Teksi Bermeter
(BBPTB), Amran Jan berkata, pemandu teksi boleh mendapat pendapatan
lebih semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 berlangsung.
“Ramai orang ada di Kuala Lumpur esok, bermakna pemandu teksi ada
peluang untuk tambah pendapatan,” katanya kepada Keadilandaily.
Beliau hairan dengan kenyataan Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu
dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia (Petekma) Syahrir
Abdul Aziz kononnya pendapatan pemandu teksi terjejas jika himpunan
diteruskan.
“Bayangkan kalau sejuta orang datang ke Kuala Lumpur. Bohonglah kalau kata pendapatan terjejas. Bertambah, adalah,” tegasnya.
Malah beliau mengalu-alukan saranan penganjur Himpunan Kebangkitan
Rakyat #KL112 untuk mengguna kenderaan awam termasuk teksi untuk ke
lapan lokasi yang ditetapkan.
Amran juga terkejut alasan Petekma, kononnya Himpunan #KL112 punca
kesesakan lalu lintas, sedangkan sebelum ini turut diadakan himpunan
besar di ibu kota seperti Sambutan Hari Kebangsaan dan sambutan malam
tahun baru.
“Mana-mana pemandu teksi mesti faham situasi. Katakanlah dia tahu ada
himpunan di sesuatu tempat, dia mesti cekap melihat kesesakan
lalulintas. Ini perkara biasa,” katanya.
Justeru, beliau sendiri memberi komitmen menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan antara jam 2 hingga 5 petang esok.
“Setahun ada 365 hari bukan? Esok, kita macam cutilah,” kata Amran yang akan turun ke Stadium Merdeka bersama rakan-rakannya./KeadilanDaily
"Kaedah GANJIL menjana pendapatan..!!! Rahsia kini terbongkar"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...