Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Januari 23, 2013

Panas!! Umno, MCA dan MIC serang Tun Dr Mahathir


KUALA LUMPUR: Semua pihak dalam BN samada Umno, MIC dan hari ini MCA melahirkan rasa tidak senang mereka dengan cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk membuat suruhanjaya diraja mengenai kerakyatan sebelum merdeka.

Hari ini, MCA tidak bersetuju dengan cadangan Mahathir  untuk menubuhkan sebuah panel Suruhanjaya Di Raja (RCI) istimewa bagi mengkaji kewarganegaraan sebelum Merdeka, sambil menegaskan ia telah disepakati antara nenek moyang pada ketika itu.

Namun, presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek  meragui Dr Mahathir benar-benar serius semasa membuat cadangan tersebut, memandangkan bekas perdana menteri tersebut cuba menyatakan kerajaan hanya memberi kerakyatan kepada mereka yang berhak menerimanya mengikut undang-undang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata dakwaan bekas perdana menteri itu berhubung isu pemberian kerakyatan kepada warga asing sebelum merdeka tidak perlu diberi tumpuan.

Katanya, tumpuan sebaliknya perlu diberikan ke atas perjalanan siasatan suruhanjaya diraja (RCI) dalam isu pemberian kerakyatan kepada warga asing di Sabah yang kini sedang berlangsung.

Sebelum ini, anak mantan Presiden MIC, S Vell Paari telah mengecam dan menyelar Tun Mahathir akan hasutan yang dihamburkannya tentang kaum India dan Cina bersabitan kerakyatan semasa era kemerdekaan dahulu.

Vell Paari adalah Pengarah Strategik MIC.

Kenyataan Mahathir itu turut mendapat perhatian pakar perlembagaan, Prof Abdul Aziz Bari yang berkata, cadangan Dr Mahathir agar dikaji balik kerakayatan sebelum merdeka itu akan  menjejaskan kontrak sosial antara kaum.

Jelasnya, cadangan itu disifatkan demikian kerana ia menganggap pemberian kewarganegaraan kepada orang Cina dan India yang dibuat perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, dilakukan secara tidak sah./HarakahDaily

4 ulasan:

  1. Tun Mahathir memang benar-benar berbisa.....Cina Dap dah mula kepanasan dan menggelabah !

    Kalau orang cina majoritinya memberi undi kepada Dap dan menolak MCA dalam PRU13 nanti, akibatnya cina akan kehilangan kuasa dalam kerajaan pusat! . Seperti yang telah di putuskan oleh MCA sebelum ini bahawa MCA akan menarik diri dari menjadi sebahagian daripada kerajaan jika masyarakat cina tidak mengundi parti itu .

    Bagaimana jika kerajaan Umno bertindak balas ke atas masyarakat cina yang keterlaluan mempertikaikan hak istimewa orang melayu dan mencabar kesucian agama Islam dengan menubuhkan RCI mengkaji semula kewarganegaraan pendatang cina khususnya sebelum dan sebaik saja merdeka, yang tidak menepati syarat.

    Gesaan Mahathir benar-benar telah membimbangkan orang cina!

    BalasPadam
  2. rakab... tun mamak ni betul berbisa.... berbisa robohkan umno/bn pada PRU13 ini......kah kah kah kah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang berbisa puuuunnn.....Masyarakat Islam Sabah termasuk 200,000 pendatang yang mendapat kerakyatan melalui projek Mahathir itu, amat berterima kasih kepada bekas perdana menteri tersebut.

      Serangan puak pakatan terhadap Mahathir berhubung isu RCI ini , sebenarnya telah mengundang kemarahan bumiputera Islam merangkap warga projek M kerana kerakyatan mereka dan keluarga dipertikaikan oleh puak pakatan.

      eemmm, nampaknya kita dah boleh agak ke mana bakal perginya ratusan ribu undi golongan ini.

      Padam
  3. Saya mmg pnyokong tun...sgala apa jua yg d buat tun dri bliau memerintah shgga skrg bliau mmg idola saya...penyokong setia tun dr mahathir mohamad

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...