Pelakon filem dan drama Abu Bakar Omar dilihat hadir ke ceramah PKR di AU3 Wangsa Maju malam tadi.
Beliau ditemui Malaysiakini di gerai tomyam berhampiran tapak ceramah selepas ceramah tamat pada kira-kira jam 12 tengah malam.
Ditanya
jika beliau sering menghadiri ceramah PKR, Abu Bakar dengan senyuman
terukir di bibir menjelaskan beliau "sering hadir ke ceramah-ceramah
politik".
Beliau yang tidak keberatan dirakam gambarnya
menjelaskan rumahnya terletak di kawasan Keramat yang hampir dengan
tapak ceramah malam tadi.
Beliau juga hanya ketawa kecil apabila
ditanya rakan-rakan semeja tentang gilirannya untuk berceramah di pentas
politik memandangkan golongan artis lain yang aktif berceramah kini
'ketagih' untuk terus berceramah.
Ditanya jika beliau akan turut
sama menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat esok, Abu Bakar menjelaskan
beliau terikat dengan komitmen kerja pada hari yang sama.
"Saya ada penggambaraan Sabtu ini (esok)," katanya ringkas.
Abu Bakar Omar telah membintangi banyak drama dan filem sejak tahun 1980-an.
Namanya melonjak naik selepas membintangi filem Tsu Feh Sofiah pada tahun 1981.
Generasi
muda hari ini pula mengenali beliau menerusi filem Hingga Hujung Nyawa
lakonan bersama Erra Fazira dan Yusry KRU pada tahun 2004./MalaysiaKini
JIHAD EKONOMI SERTAI NOW!!.... CEPAT TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...