KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain
menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di
Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan.
Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per
kilometer).
“Pertanyaan
saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya
ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada
lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang
Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang
hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan./KeadilanDaily
Jana pendapatan dari rumah.. TERBUKTI !! TERKINI!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...