KUALA LUMPUR 29 Jan: Pakatan Rakyat bakal menghumban mana-mana
pemimpin terlibat rasuah ke penjara sebagai balasan ke atas jenayah
dilakukannya, tegas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya,
hukuman setimpal itu wajar dilaksana tanpa mengira latar politik dan ia
disepakati pimpinan Pakatan untuk membersihkan sistem pentadbiran
negara.
“Jika ada pemimpin di mana-mana peringkat yang mengamalkan rasuah,
kita akan pastikan mereka bakal menerima hukuman penjara,” katanya di
depan 10,000 hadirin pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Pekan Pasir
Besar, Gemas, Negeri Sembilan, malam kelmarin.
Beliau menempelak kerajaan Umno BN menggunakan isu agama Islam dan
nasib orang Melayu menjadi bahan kempen bagi menghalang pemimpin
Pakatan.
Anwar berkata, barisan kepimpinan Pakatan dengan dibantu penyokong
perlu melengkapkan diri dengan persiapan mental dan emosi sebagai
menghadapi sebarang kemungkinan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
“Kita
kena muafakat, kita ambil keputusan, kita berhimpun ikhtiar. Kita
kukuhkan jentera ikhtiar, kita pakat KEADILAN, PAS, DAP kita ikhtiar.
Akhirnya kita bertawakal kepada Allah. Mudah-mudahan Allah beri kita
ukhwah,” katanya.
Menurut beliau, sepanjang tempoh mesyuarat Pakatan sebelum ini, tidak
pernah terdengar suara dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat
DAP, Lim Kit Siang untuk membalas dendam jika gabungan itu menang PRU13.
“Kita tidak pernah menyuarakan sekiranya kita menang untuk membalas
dendam. Tetapi semuanya sepakat sekiranya kita menang, kita akan pimpin
dengan adil dan membela nasib masyarakat,” katanya dipetik Sinar Harian.
Turut hadir, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abd
Ghani; Pengerusi DAP Negeri, Anthony Loke dan bekas Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin./KeadilanDaily
"REWARD POWER!!!!!"Beriklan Sambil Menjana Puluhan Ribu Sebulan.. Klik Sekarang!!!!!
Mana boleh dipenjara saja. Mana yang patut dihukum mati mesti dihukum mati dulu,terutamanya hakim hakim sebab pengkhianat pada negara dan bidang perundangan itu sendiri.Baik yang hidup mau pun mati.Yang mati pun wajib diberitahu pada rakyat yang bahasa nya ia telah melakukan kesalahan.Apabila kesalahan telah ditunaikan dan hukuman telah dikenakan baru lah keadilan itu akan timbul.Secara pribadi nak maaf tiada masaalah.Tetapi rakyat yang selama 57 tahun terinaya perlu mendapat jawap.Kalau gagal atau tak berani melaksakan baik tak usah buat reformasi adanya baik buat revolusi macam Libya-ANAK ANAK JANGAN BUNUH SAYA- GHADAFI.Rasa terjawap keringat Rakyat Libya selam ini.Perlu dingat juga Puak pR ni jangan silap kami kejar sampai kerumah.
BalasPadamUmnp perlu ingat.kami dh meluat...
BalasPadam